Friday, August 10, 2007


Pertemuan Bersejarah, PMRAM Dan GAMIS


7 Ogos 2007.

PMRAM sekali lagi menerima tuah apabila dapat mengadakan satu pertemuan bersejarah dengan wakil kepimpinan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) yang datang ke Mesir baru-baru ini. Pertemuan yang sangat bersejarah ini telah dihadiri oleh Presiden GAMIS, saudara Dzulkhairi Mohd Nor dan Setiausaha GAMIS, saudara Muhd Syaari Ab. Rahman.

Dalam pertemuan tertutup ini, Badan Pengurus PMRAM dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM yang hadir telah dapat berkongsi pengalaman dan idea dalam memperkasakan pergerakan mahasiswa Islam untuk lebih gagah mendepani isu ummah.

Pertemuan silaturrahmi ini telah berjaya mencapai satu kesepakatan bersama untuk kedua-dua gerakan mahasiswa ini saling berhubungan dengan lebih kerap agar wujud satu perkongsian maklumat, idea dan tindakan bersama untuk memacu gerakan mahasiswa dengan lebih bertenaga.

PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Dzulkhairi Mohd Nor dan saudara Muhd Syaari Ab. Rahman yang sudi menyumbangkan idea dan pengalaman berharga kepada para pimpinan PMRAM demi memantapkan lagi perjalanan PMRAM dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa Islam di Mesir khususnya dan memperjuangkan nasib ummah secara amnya.

Terima kasih GAMIS.

No comments: