Wednesday, December 12, 2007

Laksana pemerintahan berasaskan syariat Islam
- Dewan Ulama
KUALA LUMPUR, 20 Jun 2006 (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu melakukan perubahan dalam pentadbirannya mengikut tuntutan agama Islam supaya selari dengan latar belakang beliau daripada golongan yang berfahaman tinggi dalam Islam.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Badaruzaman Mohd Yusuf berkata, rakyat menaruh harapan tinggi ketika beliau mula-mula menerajui negara supaya dapat melaksanakan pentadbiran berlandaskan peraturan yang tercatat dalam al-Quran.

Sebaliknya kata beliau, tindakan itu tidak berlaku dan perkara itu akan membuatkan rakyat tidak mempercayai kewibawaan Abdullah bukan sahaja dalam hal pentadbiran tetapi berkaitan dengan agama Islam.

"Jika Abdullah tidak bersedia membuat perubahan dalam pelaksanaan dasar negara, PAS akan berusaha untuk mengambil alih tampuk kepimpinan itu terutama di beberapa buah negeri," katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas sikap pimpinan Umno yang menerajui negara sehingga 50 tahun katanya, umur matang bagi manusia itu 40 tahun dan Malaysia akan menyambut kemerdekaan kali yang ke-50.

Ini bererti tambah beliau, Malaysia sudah melepasi 10 tahun umur matang sepatutnya lepas 40 tahun banyak perubahan yang telah dilakukan ke arah kebaikan atau sekurang-kurangnya ada perubahan daripada apa yang berlaku sebelum itu.

Beliau berkata, tetapi apa yang berlaku di negara ini semakin tua semakin banyak masalah yang tidak dapat diatasi dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, ketika Tengku Abdul Rahman menerajui negara beliau mendakwa Islam tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk manakala era Tun Mahathir Mohamad, beliau mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam.

"Tetapi apabila era Abdullah negara kembali ke wajah baru iaitu jauh daripada ajaran Islam dan mencampuradukkan unsur-unsur dalam pentadbirannya," tegas beliau.

Kata beliau, apa yang berlaku dalam pentadbiran negara sekarang ia mengambil contoh pelaksanaan yang diamalkan oleh negara Barat yang jelas bukan sahaja tidak sesuai dengan umat Islam tetapi masyarakat Timur.

Sehubungan itu, Dewan Ulama berharap Abdullah perlu melakukan perubahan ke arah kebaikan sempena 50 tahun merdeka supaya kembali kepada asas yang telah dibina dan perlu berusaha menegakkan kebenaran serta keadilan berasaskan ajaran Islam dan jati diri masyarakat tempatan.
Dewan Ulama PAS
minta umat Islam boikot majalah Al-Islam
KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2006 (Hrkh) - Dewan Ulama PAS Pusat menyeru umat Islam bangkit dan menentang kenyataan yang dikeluarkan majalah Al-Islam dalam tajuk 'Ulama jangan merapu' dalam sesi keluaran bulan Ogos.

Setiausahanya, Dr Badaruzaman Md Yusuf berharap majalah itu diboikot kerana isi kandungannya kali ini mengandungi unsur yang boleh merosakkan akidah umat Islam.
"Kita berharap pihak berwajib termasuk Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil perhatian terhadap perkara tersebut bagi mengelakkan perpecahan di kalangan umat Islam berhubung krisis kepimpinan ulama.

Menurut beliau, tajuk tersebut amat menghina institusi ulama terutamanya para mufti kerana isi kandungan itu berhubung dengan keputusan muzakarah ulama mengenai kongsi raya.
"Kita menentang dakwaan yang disiarkan dalam tajuk `Ulama jangan merapu' kerana alasan penulis terlibat amat rendah nilainya dan ia hanya bergantung kepada pandangan orang tertentu sahaja," katanya.

Beliau berkata, istilah merapu itu membawa makna yang sangat negatif dan mereka meletakkan status ulama itu seolah-olah sama dengan orang yang duduk di Hospital Tampoi atau Tanjung Rambutan (institusi menempatkan pesakit jiwa).

Menurut beliau, orang Islam sekarang jahil dan tidak lagi memberi kepercayaan kepada ulama khususnya dalam hal yang berkaitan dengan agama.

Katanya, ulama orang yang paling layak menyelesaikan apa sahaja masalah berkaitan agama tetapi senario hari ini mereka hanya diletakkan dalam sudut tertentu dalam suatu majlis kebesaran negara.

Beliau berkata umat Islam hari ini bukan sahaja menolak ulama tetapi lebih berani menghina mereka dan itu merupakan salah satu tanda akan berlakunya kiamat.

Sunday, October 28, 2007

RUMAH TERBUKA HARIRAYA IDILFITRI DAN CERAMAH PERDANA.
1.RUMAH TERBUKA IDILFITRI
Tarikh:1 Nov,2007.
Masa:4.00-7.00 petang.
Tempat :balai Islam Al-Muhammadi.
19,Kg Parit Medan Kundang Ulu,Muar
2.CERAMAH PERDANA
oleh YAB Tuan Guru Dato'Hj Nik Abd Aziz bin Nik Mat(Menteri Besar Kelantan)
Dan Tn Hj Muhammad bin Sabu (naib Presiden PAS)
Tarikh 1 Nov 2007
Masa:9.00 malam.
Tempat:Balai Islam Al Muhammadi,19, kg Parit Medan,Kundang Ulu,Muar
Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan bertambahkan seri meriah majlis kami
Terima kasih

Tuesday, October 16, 2007

Datuk Z pindah keIstana,bila pula pemilik istana Teluk Kalong akan berpindah


Datuk Zakaria Deros (Datuk Z), wakil rakyat UMNO bagi kawasan Pelabuhan Kelang akan berpindah masuk ke istana mewah selepas Hari Raya. Tidak sampai setengah tahun menggemparkan tanahair dengan pelbagai kontroversi, Datuk Z bagaikan tiada apa-apa masalah meneruskan pembinaan istana dua setengah tingkat yang indah itu


Istana Datuk Z mempunyai 16 bilik tidur dan 21 bilik air. Ia juga dilengkapi dengan sebuah kolam mandi, kolam ikan, padang golf mini dan bilik tidur seluas sebuah rumah pangsa kos rendah yang dilengkapi dengan mandian 'jakuzi'.

BILA PULA AGAKNYA PEMILIK ISTANA DIBAWAH AKAN BERPINDAH MASUK

Monday, October 15, 2007



TUJUH PANDUAN UNTUK NAQIB

Adaptasi (ringkasan dan penyesuaian) daripada tulisan Ummu Azmi, "Petua Menjadi Ketua Usrah Yang Berjaya" dalam majalah Ummi, Julai 1990, 34-35.

Panduan 1: Kenali Ahli Usrah. Naqib perlu mengenali ahli usrahnya dengan mendalam. Selidiki latar belakang mereka: diri, keluarga, pendidikan, pekerjaan, perkara yang disukai, perkara yang dibenci dan sebagainya. Ikuti perkembangan hidup mereka: kebajikan, kewangan dan seumpamanya. Maklumat-maklumat itu boleh digunakan untuk mentadbir usrah secara lebih berkesan. Berpandukan maklumat itu, naqib boleh bertindak dengan tepat--sesuai dengan peribadi tertentu.

Panduan 2:
Rancang Program Pengisian. Naqib mesti merancang program usrahnya sebelum usrah itu bermula. Antaranya, agihkan masa yang sesuai untuk slot bacaan al-Quran dan pentafsirannya, bacaan hadis, perbincangan tajuk khusus, pembersihan hati, dan hal ehwal semasa. Tetapkan terlebih dahulu tajuk yang hendak dibahaskan dan bahan-bahan rujukannya. Senaraikan juga perkara-perkara untuk diumumkan kepada ahli usrah. Naqib juga perlu membaca bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.

Panduan 3:
Segarkan Usrah dengan Suasana Perbincangan. Naqib berperanan untuk menyegarkan suasana usrah dengan perbincangan yang sihat dan terkawal. Pastikan perbincangan berfokus pada tajuk yang telah dirancang. Semasa berbincang, ahli digalakkan mengemukakan nas-nas yang sahih dan contoh-contoh dari sirah Rasulullah s.a.w. Usahakan agar perbincangan itu dikaitkan dengan realiti semasa dapat dihayati dalam kehidupan seharian.

Panduan 4:
Bertindak sebagai Pemimpin Tempat Bernaung. Naqib perlu menjadi qudwah hasanah kepada ahli-ahlinya dalam segala segi baik perbuatan, percakapan, perbelanjaan, cara bergaul dan berpakaian. Jalinkan ukhuwah sesama mereka, dalam atau luar usrah. Naqib juga perlu bertindak selaku kaunselor. Berbincanglah dengan mereka secara persendirian atau berkumpulan. Tanda awal seseorang naqib itu berjaya ialah apabila para ahli menjadikan dirinya sebagai tempat merujuk.

Panduan 5:
Berikan Kerja kepada Ahli. Naqib perlu memberikan tugasan yang sesuai dengan minat dan kemahiran ahlinya. Ahli itu akan berasa dihargai apabila diamanahkan dengan sesuatu tugas untuk kumpulannya. Ahli itu perlu diselia secara wajar dan minimum oleh naqib. Dengan cara ini, ahli usrah akan belajar berkomunikasi dengan lebih banyak orang dan sentiasa membina hubungan dengan naqib.

Panduan 6:
Pelbagaikan Kesan Sampingan. Naqib boleh juga mendidik ahli usrah dengan cara-cara lain. Antara cara yang sesuai adalah seperti yang berikut:
  • 6.1 Soalan. Kemukakan soalan kepada ahli-ahli usrah tentang tajuk-tajuk yang telah dibincangkan, termasuk isu semasa.

  • 6.2 Penyelesaian Masalah. Kemukakan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seseorang ahli untuk diselesaikan. Contohnya, jika ahli itu pekerja yang sibuk, bincang dan selesaikan masalah agihan masa untuk tugas dan dakwah. Kes spesifik atau cerita boleh juga dikemukakan.
  • 6.3 Permainan. Adakan "permainan" yang dapat menguji kepintaran ahli-ahli usrah. Permainan itu boleh menggunakan komputer, secara bertulis, lisan, mengira dan sebagainya. Pendekatan ini dijangka dapat mengekalkan minat ahli-ahli usrah.
  • 6.4 Berkhemah dan Berkelah. Kegiatan perkhemahan di pinggir hutan atau perkelahan di pantai sangat berkesan dalam membina ikatan persaudaraan sesama ahli usrah. Kegiatan-kegiatan seperti ini memberi peluang untuk mereka berinteraksi, melakukan kerja secara berpasukan dan membina sikap suka tolong-menolong.

Pan
duan 7: Sediakan Laporan Penilaian. Naqib perlu melakukan penilaian dari semasa ke semasa. Prestasi ahli-ahli usrah dari segi kefahaman, kesungguhan, potensi, minat, kelemahan, kekuatan perlu dinilai dan dilaporkan kepada mereka. Naqib sendiri perlu meminta komen daripada ahli-ahli usrah tentang cara pengendaliannya, tajuk perbincangan dan sumber rujukan. Berdasarkan komen itu, langkah penambahbaikan boleh dirancang dan dilaksanakan.

Catatan :
"Tugas mendidik adalah tugas mulia di sisi Allah walaupun rumit dan memerlukan banyak pengorbanan dan persiapan. Ketua usrah hendaklah sentiasa berusaha mempertingkatkan diri sendiri. Kita hendaklah sentiasa menggantungkan setinggi-tinggi harapan kepada Allah agar dibekalkan dengan kekuatan untuk terus bekerja dan berjihad untuk Islam. Janji Allah memang benar. Sesiapa yang menolong Allah, nescaya Allah akan menolongnya dan meninggikan kedudukannya."

THAQAFAH NUQABA'

PENDAHULUAN

Penguasaan nuqaba' terhadap cabang ilmu yang menjadi latar belakang dakwah dan tarbiah merupakan satu perkara yang amat penting dan menjadi landasan utama kepercayaan anggota usrah terhadap naqib mereka.
Tajuk ini merupakan salah satu daripada beberapa tajuk yang amat penting apabila kita membicarakan perihal penguasaan para naqib terhadap ilmu pengetahuan.

Tajuk ini amat berkaitan dengan beberapa topik yang lain seperti penguasaan watak dan keterampilan, penguasaan sahsiah dan penguasaan kepimpinan.

Kekuatan Nuqaba'

  • Para nuqaba mesti mengetahui dan meyakini bahawa apabila saf pimpinan memberikan tanggungjawab kepada mereka untuk mengetuai usrah, hal itu merupakan satu kepercayaan yang besar. Oleh itu mereka hendaklah memiliki keyakinan diri dan tidak teragak-agak untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

  • Mereka mesti mempunyai kekuatan, bahawa dalam apa jua perbincangan. Selaku naqib mereka memiliki kata pemutus.

  • Mereka mesti tidak boleh dikalahkan oleh tekanan keilmuan yang cetek, lantaran mereka sebenarnya telah memiliki ilmu. Oleh itu, kita selaku para naqib mestilah mempunyai teknik mencatat maklumat yang baik. Setiap ceramah yang kita dengar, kias ibarat yang kita terima, hendaklah disimpan di dalam fail maklumat yang baik dan tersusun. (Di sini Al Fadhil Ustaz telah memberi ulasan panjang lebar berkenaan sistem pemfailan, dan sebagai contoh, menyusun maklumat yang berkaitan di dalam satu folder dalam komputer atau di dalam fail yang tersendiri.

  • Mereka mesti menyedari bahawa bidang pengajian dan takhassus mereka sebenarnya boleh diolah untuk manfaat usrah dan dakwah. Oleh itu, mereka hendaklah mempelajari kemahiran dan teknik memanfaatkan kepakaran dalam bidang pengajian untuk kepentingan dakwah mereka.

THAQAFAH NUQABA' YANG PALING MINIMUM

Berikut disenaraikan beberapa rujukan bagi membantu mengatasi masalah ketidakyakinan kepada diri sendiri untuk mengendalikan usrah. Al-Qur'an ... Naqib hendaklah tahu bacaan al-Qur'an yang betul. Mereka hendaklah mengetahui hukum tajwid yang minimum.

Mereka sendiri hendaklah khatam al-Qur'an sekurang-kurangnya dua kali setahun. Buku yang dicadangkan untuk menguasai hukum tajwid al-Qur'an yang minimum ialah Al-Mulakhas al-Mufid fi Ilm al-Tajwid karangan Al ustaz Muhammad Ahmad Ma'bad.

Tafsir al-Qur'an ... Naqib hendaklah mengetahui asas penghantar kepada al-Qur'an. Mereka bolehlah merujuk kepada buku Kunci Mengenal al-Qur'an tulisan Zulkifli Hj.Yusoff.
Mereka juga perlu merujuk buku-buku tafsir yang lengkap huraiannya terhadap isi al- Qur'an. Buku yang dicadangkan ialah Tafsir Al-Azhar oleh Allahyarham Hamka atau buku Abr Al-Athir karangan Ustaz Ahmad Sonhadji.

Al-Hadith ... Naqib perlu mengetahui maklumat yang minimum tentang pengantar kepada ilmu al-hadith. Buku yang boleh dirujuk ialah Pengantar Ulum al-Hadith oleh Dr. Subhi Salih. Cuba merujuk setiap hadith kepada setiap kitab muktabar seperti Sunan Sittah. Kebanyakan buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

Sirah Nabawi ... Naqib dapat meujuk Fiqh As-Sirah oleh Said Ramadhan al-Buti atau Fiqh Harakah oleh Abdul Hadi Awang.

Aqidah ... Elakkan diri daripada membincangkan aspek akidah seperti ilmu kalam dan falsafah secara mendalam. Sebaliknya firqah-firqah atau mazhab dalam Islam hendaklah mereka ketahui.

Mereka boleh membuat rujukan kepada buku Aqidah Islamiyyah oleh Sayyid Sabiq atau buku Muqaddimah Aqidah Mukmin oleh Abdul Hadi Awang.
Fiqh ... Mengetahui asas tarikh perkembangan hukum dalam Islam dan juga pengantar kepada ilmu fiqh. Buku rujukan untuk sejarah perkembangan hukum dalam Islam ialah The Evolution of Fiqh oleh Dr. Abu Aminah Bilal Philips dan juga Sejarah Pembinaan Hukum oleh Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid. Buku rujukan untuk pengantar kepada ilmu fiqh ialah buku Usul Fiqh oleh Ustaz Yaakob Ismail atau juga Principles of Islamic Jurisprudence oleh Dr. Mohammad Hashim Kamali. Buku fiqh yang ringkas dan terbaik ialah Fiqh al-Manhaji oleh Dr. Mustafa al-Khin, tetapi jika mampu, adalah lebih afdal buku Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh oleh Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Tazkirah ... Boleh rujuk kepada siri buku karangan Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti Tazkiyyah Jiwa dan Nafsu, Air Mata di Mahsyar dan Mati: Satu Peringatan.

Kesimpulan

Apa-apa yang dinyatakan di atas merupakan sumber minimum yang seharusnya dikuasai oleh para nuqaba' bagi melancarkan perjalanan usrah mereka. Pada masa yang sama, mereka hendaklah memiliki penguasaan dalam bidang ilmu dan alat yang lain seperti kenderaan dan komputer.

Saturday, October 13, 2007




The first cry: oh, Mother…Don’t die... You said you would prepare dinner….You were worried that I may get killed .Don’t die, Mother… Take my heart, my head, my blood, my life….. It is too soon to die

Heartbroken Mother …. I die for you (to live)

Crying for his mother






The second cry: Mother’s breath falters and she says to her son: Don’t cry… I sacrifice for your life .

The boy’s heart breaks with agony: Oh Lord, Oh Lord….Return me to her womb or to you, let us die together or let me die alone. My Lord, you willed to create me through her womb so that I grow up and see what I see…..Is it her blood or mine?


Mother, hold fast

It is not now (time of departure)

You were to prepare dinner for me

(Suddenly) the roar of fighter planes and explosions resound.

Everything is shaking.

The street gives out the odor of death and rubbles fly around, and bodies and shrapnel.

Where is the nation of Laelaha Ellallah?

Where are the Arabs?

Where are they?

The last cry: Voices no longer heard

And mercy came like a bullet.

One heart stopped and another got broken and burnt.

One soul hovering over jungles of blood,

And another one bled.



No one cares.

No world cares.



HUKUM SOLAT JUMAAT BAGI MUSLIMAT

Solat Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat. Kewajipan menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim.

Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah. Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya[2].

Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.

Sabda Nabi SAW;

الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض

Maksudnya;
“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit[3]

Sabda Nabi SAW lagi;

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit[4]

Walaupun begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaat bersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan solat zohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan[5].

Keadaan ini disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi yang hadir di masjid dan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW[6].

HUKUM MUSLIMAT SOLAT JUMAAT

Melihat kepada ulasan di atas, didapati bahawa, muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat?

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;
  1. Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
  2. Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
  3. Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
  4. Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.
Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah[7].

Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang ianya tidak membawa amalan itu sebagai amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat atau wajib.

PERKARA HARUS BUKAN TUNTUTAN

Setelah dilihat, serendah-rendah hukum yang boleh diberikan kepada kehadiran perempuan dalam solat jumaat adalah harus, maka dalam perbincangan ini perlu di perjelaskan, adakah harus ini adalah perkara tuntutan atau tidak?

Berdasarkan kepada definisinya, Harus adalah salah satu dari jenis-jenis hukum taklifi[8].

Harus memberi maksud “khitab yang menunjukkan kepada pemberian pilihan terhadap mukallaf antara melakukan perbuatan atau meninggalkan perbuatan” atau “perkara yang tidak dikaitkan dengan perbuatannya itu mendapat pujian dan celaan[9]”.

Ulama fiqh dan ulama usul Fiqh sepakat menyatakan, harus adalah amalan yang tidak berbentuk suruhan (samada suruhan buat atau suruhan tinggal). Pendapat ini menyalahi Kha’bi dan pengikut-pengikut pendapat mu’tazilah[10].

Dari ini, difahami bahawa, perkara harus bukanlah satu tuntutan. Maka dengan itu, secara taklifinya, tuntutan hak muslimat untuk menunaikan solat jumaat adalah satu yang tidak tepat.

HARUS BOLEH BERTUKAR KEPADA TUNTUTAN

Pun begitu, tidak dinafikan, sesuatu perkara yang hukumnya taklifinya adalah harus, kadangkala boleh bertukar hukumnya kepada tuntutan, samada wajib atau sunat, atau bertukar hukumnya kepada larangan, samada haram atau makruh.

Asal hukum makan adalah harus, tetapi sekiranya dengan tidak makan menyebabkan mudharat kepada tubuh, maka hukum harus itu bertukar menjadi wajib, yang memberi maksud, dengan tidak makan itu boleh memudharatkan tubuh, maka tidak makan hukumnya adalah haram.

Pertukaran hukum harus kepada wajib atau haram atau sunat atau makruh ini disebut dalam ilmu usul Fiqh sebagai “Hukum Wadii”.

PENUTUP

Maka dengan itu, dalam perkara yang melibatkan kepada muslimat untuk menunaikan solat jumaat, adakah perdebatannya boleh membawa kepada kepada tuntutan sehinggakan muslimat mesti melakukan tuntutan hak untuk menunaikan solat jumaat bersama kaum lelaki?

Sekiranya alasan untuk mendengar khutbah, maka alasan ini tidaklah dikira sebagai alasan yang kukuh. Ini adalah kerana di Malaysia, radio Malaysia menyediakan ruang untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh imam-imam masjid.

Maka dengan itu, pandangan ini perlu dinilai dengan alasan-alasan yang kukuh.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/muslimat-perlu-tuntut-hak-solat-jumaat.html

[2] Fiqh As-Sunnah : 1/328

[3] Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 1/425. hadis no : 1062.

[4] Sunan Ad-Daruqutni : 2/3 : hadis no : 1

[5] Qalyubi wa ‘Umairah : 4/6.

[6] Majmu’ : 4/484.

[7] Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-fatawa wa Al-Ahkam : 1/627-628.

[8] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 1/45.

[9] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 1/87.

[10] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 1/88.

"

Friday, October 12, 2007

Luangkan Masa Anda Untuk Islam..


Perhimpunan Rakyat Aman BERSIH & Penyerahan Memo kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

Satu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan diadakan, bagi menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil. Sempena perhimpunan ini, ahli-ahi BERSIH akan berarak ke Istana Negara dan menyerah memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh: 10 November 2007
Masa: 3:00 petang

Nota: Para peserta diminta memakai baju kuning (lambang warna diRaja) dan kain rentang atau bendera melambangkan pertubuhan (selain daripada simbol dan mesej BERSIH) tidak dibenarkan.

* * * * * * * * * * *

A peaceful assembly, organized by the Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH), will be held as part of our campaign for clean, free and fair elections in Malaysia. BERSIH representatives will march to the Istana and hand over a memorandum to HRH the Yang Dipertuan Agong.

Venue: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Date: 10 November 2007
Time: 3:00 pm

Note: Participants are encouraged to wear yellow (to denote respect for the King). Flag and banners depicting organizations/associations will not be allowed on the day. Only the BERSIH logo and relevant messages (themes of democracy and human rights, clean and fair elections, etc) will be allowed.

Sunday, October 7, 2007


Kewajipan Mengundi Mengikut Syara'

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud

:
“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”. Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara' atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:


Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:


“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.


Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.


Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam


Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.


Antara maksud lafaz baiah itu ialah: “Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya

Firman Allah Ta'ala, maksudnya:


“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:


“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)


Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya: “Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:


“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majoriti). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.


Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup


Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.


Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.


“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”

WASIAT NABI SAW



WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A


Wahai Ali,

Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia


Wahai Ali,

Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali,

Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman


Wahai Ali,

Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya


Wahai Ali,

Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.


Puasa enam Syawal hadiah ingatan Nabi Muhammad pada umatnya


Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini.

Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).

Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).

Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.

Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam

Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.

Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.

Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.

Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi'raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.

Izin suami penting untuk puasa enam

Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.

Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar'ie, dia digalakkan untuk mengqada'nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada' puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.

Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?

Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.

Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.

Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.

Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.

Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapatkan syafaat (recommend) baginda pada hari kiamat sedang baginda sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT?

Tepuk dada tanda iman!

Bagaimanakah Institusi Ulama’ Dihapuskan

Pertama : Mengancam Mahasiswa al Azhar

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, Mahasiswa diancam dengan pelbagai cara, termasuklah, menghalau dari penempatan anak-anak Melayu, menyekat zakat, menakut-nakutkan dengan ISA, menyekat bantuan dan banyak lagi. Mereka mendapati bahawa Al Azhar merupakan sumber Islam yang terutama, oleh itu mereka memandang bahawa Al Azhar adalah virus yang akan mengganggu perancangan secular yang telah dirancang sebelum kemerdekaan lagi.

Kedua : Memburuk-burukkan Ulama’ di Mata Masyarakat

Pelbagai tuduhan dan lemparan dihujum kepada golongan Ilmuan, mahasiswa Al Azhar khususnya. Mereka menyebarkan fitnah-fitnah yang tidak sepatutnya bertujuan menutup mata masyarakat bahawa ulama’-ulama’ ini adalah pencetus keganasan dan kekecohan, sedangkan kata-kata mereka hanyalah fitnah!

Setelah menyumbatkan mereka ke dalam ISA, mereka bangga mengatakan bahawa “inilah pembangkang yang membuat keganasan dan mengancam negara”. Mereka juga mendakwa “lihatlah berapa ramai pengganas-pengganas di dalam parti pembangkang”. Inilah cara yang digunakan untuk memperdayakan masyarakat supaya membenci golongan ilmuan.

Bagaimanakah anak-anak kita hendak beradab dengan adab Islam dan berakhlak dengan akhlak Islam sekiranya golongan-golongan ilmuan ini dilabelkan dengan pelbagai tuduhan yang tidak sepatutnya. Mereka telah merosakkan Islam di negara Islam secara dalam!

Ketiga : Menangkap Terus Golongan Ilmuan

Inilah strategi ketiga yang digunakan untuk menghapuskan institusi ulama’ yang dilakukan dengan teliti dan terancang supaya tidak terlihat bahawa mereka cuba mengapuskan ulama’ di bumi Malaysia. Beberapa kes yang dirancang terus dijadikan bahan untuk membolehkan mereka ditangkap dan lebih melancarkan lagi kerja-kerja mereka.

Kesimpulan

Dunia akhir zaman yang menyaksikan Islam dipandang pelik oleh semua orang. Berpunca oleh mereka yang sememangnya menginginkan Islam itu jauh dari mata masyarakat. Lihatlah, puluhan hadith-hadith Nabi SAW yang menyatakan tentang peristiwa akhir zaman dan turut disebutkan juga tentang penghapusan institusi ulama.

Daripada Anas r.a berkata : "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadith yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Di antara tanda Kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan. (HR Bukhari Muslim)

Friday, September 28, 2007


Wahai anakanda di Penjara Menara Gading!

Hassan Al-Banna

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan di samping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama mahasiswa.

Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah. Itulah sebabnya anakanda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan mahasiswa jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah berfirman;

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Al Kahfi:13)

Dengan kesimpulan inilah maka anakanda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu anakanda itu akan menjadi bertambahberat. Oleh itu sepatutnya anakanda berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah anakanda menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.

Anakanda di penjara menara gading,

Ada mahasiswa yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya senang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula mahasiswa yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, hak mereka yang dijajah. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang.

Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi mahasiswa tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri. Ketika bertindak sedemikian itu, mahasiswa tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.

Anakanda yang berada di penjara menara gading hari ini, bertuah sebenarnya sebab anakanda termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata anakanda melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan kebebasan.

Oleh itu, bersedialah wahai angkatan kesatria, alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh mahasiswa yang terus menerus bekerja dan bertindak.

Anakanda di penjara menara gading,

Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi.

Memandang semua inilah ayahanda berasa berkewajipan menerangkan dengan jelasnya kepada anakanda sekalian dari hal hakikat dan program dakwah Islam untuk kurun yang ke-14 hijrah ini.

Anakanda di penjara menara gading,

Sebenarnya kita telah pun beriman tanpa sebarang keraguan atau prasangkaan malah kita sudah pun yakin dengan sepenuhnya sekira-kiranya keyakinan kita ini lebih kukuh dan tegap dari gunung-ganang yang memasak bumi, lebih dari segala lubuk hati sanubari bahawa tidak terdapat sebarang apa pun jua fikrah perjuangan melainkan hanya satu sahaja fikrah yang benar-benar mampu menyelamatkan dunia yang sedang terseksa, yang benar-benar mempunyai daya upaya membimbing kemanusiaan yang sedang berada di dalam keadaan tercengang-cengan dan yang benar-benar sanggup memimpin umat manusia ke arah jalan yang sewajarnya.

Fikrah atau ideologi perjuangan yang seperti itu mustahak diberi segala pengorbanan demi meninggikan kedudukannya, demi memperkenalkannya serta mendorong umat manusia supaya menghayati dengan segala jiwa raga serta memberikan dari sekecil-kecil pengorbanan hinggalah semahal-mahalnya.

Fikrah yang tunggal ini tidak lain dan tidak bukan ialah “Islam yang maha suci” yang sekali-kali tidak terdapat di dalamnya sebarang apa pun jua penyelewengan, keburukan dan kesesatan yang akan menimpa sesiapa yang mengikutnya.

Allah berfirman(Al-Imran:18-19): Allah menjadi saksi, dan para malaikat dan ahli cerdik pandai bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang berlaku adil terhadap makhluknya, tidak ada Tuhan melainkan Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya ugama yang di sisi Allah itu ialah Islam.

Suatu lagi firman Allah (Al-Ma’idah:3): Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu akan ugama kamu, dan Aku penuhkan kepada kamu nikmatKu, dan redhalah Aku Islam itu sebagai ugama bagi kamu.

Jelas bahawa fikrah perjuangan kita hendaklah fikrah yang bersifat Islam dengan setulin-tulinnya. Di atas dasar Islamlah fikrah kita berpijak, daripada sumbernyalah kita mendapat petunjuk. Kerana Islam maka kita ini berjuang dan demi kerana meninggikan kalimahnya maka kita bekerja serta bertindak.

Fikrah kita tidak sekali dapat menyamakan sebarang sistem dengan sistem Islam, tidak sekali-kali redha mengikut sebarang pimpinan yang lain malah fikrah kita sekali-kali tidak akan patuh kepada apa jua hukum melainkan Islam.

Allah berfirman (Al-Imran : 85):

Dan barangsiapa mencari ugama selain dari Islam maka usahanya itu tidak sekali - kali akan di terima.

Anakanda di penjara menara gading,

Islam serta penganut-penganutnya pernah mengalami suatu zaman cubaan di mana mereka ditimpa dengan pelbagai kemalangan dan diselubungi oleh bencana yang bertubi-tubi. Pada ketika itulah musuh-musuh Islam telah bekerja untuk memadamkan sinarannya, cuba untuk menyembunyikan keindahannya bahkan untuk menyesatkan para pemeluknya, membantutkan pelaksanaan hukum hududnya serta melemahkan bala tenteranya di samping memutar ajaran serta hukum-hukumnya.

Kadang-kadang mereka lakukan dengan cara mengurangkannya dan terkadang pula dengan jalan menambah-nambahkannya dan selain dari itu, dengan mentafsirkan hakikatnya dengan cara yang tidak sewajarnya.

Dalam usaha yang jahat itu mereka mendapat peluang yang baik bila berlaku kehilangan kuasa politik dari umat Islam dan kehancuran pemerintahan sejagat mereka di samping kemerosotan semangat Muhammadiyah di kalangan bala tenteranya. Akhirnya jatuhlah seluruh umat Islam itu ke dalam genggaman umat kufur sebagai mangsa penghinaan dan penjajahan.

Oleh itu tugas utama lagi pertama bagi kita wahai anakanda tercinta ialah memberi penjelasan kepada orang ramai akan hakikat segala batas agama Islam, menjelaskan kepada mereka itu dengan seberapa terang, sempurna dan jelas tanpa sebarang tambah dan tokok atau kekurangan atau sebarang kesamaran. Tugas seperti ini merupakan sudut teori bagi hakikat fikrah kita.

Di samping itu kita mestilah mengajak mereka melaksanakan fikrah islam itu serta mendorong mereka demi menyelamatkannya serta membimbing mereka ke arah beramal dengan ajarannya. Sudut ini di namakan sudut amali bagi fikrah perjuangan kita.

Anakanda di penjara menara gading, Pegangan kita dalam semunya itu ialah kitab Allah yang tidak pernah diresapi oleh kepalsuan sejak dulu hingga sekarang, dan keduanya ialah sunnah yang benar serta nyata datangnya dari Rasulullah s.a.w dan juga sejarah perjalanan bersih dari angkatan salaf umat Islam ini.

Kita tidaklah menghendaki di sebalik usaha itu sebarang apa pun jua melainkan keredhaan Tuhan, menunaikan kewajipan dan memimpin umat manusia serta menunjuk jalan kepada orang ramai.

Kita akan terus berjihad demi untuk menjayakan fikrah kita itu, dan kita akan berusaha sedaya upaya demi untuk menegakkan supaya dengan itu dapatlah kita sekalian hidup mulia atau sebaliknya biarlah kita mati secara yang mulia. Cogan kata kita ialah :

Allah matlamat kami ;
Rasul itu ikutan kami ;
Al-Quran itu perlembagaan kami ;
Jihad jalan kami; dan
Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami.

Anakanda di penjara menara gading,

Sesungguhnya Allah telah memuliakan kamu dengan menamakan anakanda semua angkatanNya, dengan mengurniakan iman kepada anakanda serta mendidik anakanda sekelian atas dasar ugamanya, dan Allah telah meletakkan anakanda di martabat tertinggi di muka dunia dan di kedudukan para da’i di kalangan orang ramai serta Allah menganugerahkan kepada anakanda kemuliaan seperti yang dianugerahkannya kepada maha guru di hadapan muridnya.

Allah berfirman (Al-Imran : 110): Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.

Allah berfirman (Al-Baqarah : 143):

Demikianlah pula Kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi terhadap umat manusia.

Oleh itu perkara yang pertama sekali yang Allah menyeru ialah hendaklah anakanda mempunyai keyakinan diri sendiri, dan hendaklah anakanda menyedari martabat diri anakanda dan yakinlah bahawa anakandalah sebagai tuan di dunia walaupun musuh-musuh kamu sudah tentu ingin melihat kamu berada di dalam kehinaan.

Hendaklah anakanda yakin bahawa anakanda adalah sebagai guru kepada umat-umat di dunia walaupun pada waktu-waktu yang tertentu orang lain pernah mengatasi anakanda dalam sesuatu sudut yang tertentu; namun demikian, kemenangan terakhir adalah di tangan orang-orang yang bertaqwa jua.

Daripada Ayahandamu,
Assyahid Hassan Al Banna
MAHASISWA MELAYU MESIR
DITEKAN LAGI!!!

Keluarga Penuntut Terengganu adalah satu badan kebajikan anak negeri yang diasaskan sejak 1964. KPT telah menempa pelbagai kecemerlangan dari dulu sehinggalah sekarang.

Kesatuan mahasiswa Terengganu amat terjalin rapat. Ikhuwah yang berteraskan ikatan iman dan islam menjadikan hubungan sesama mahasiswa teramat rapat sehinggakan segala perjalanan badan kebajikan anak negeri dapat berjalan dengan lancar.

Setelah Asrama Darul Iman dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Idris Jusuh pada 9 September 2007 lepas, KPT dinafikan haknya untuk menaungi anak-anak Terengganu.Ura-ura dari encik Mat Ropi yang bertegas pada mulanya bahawa KPT akan tetap berada di Asrama Darul Iman amat mengecewakan semua pihak.Ucapannya tidak lebih mahu menarik pelajar supaya mereka merasakan dirinya menjaga kebajikan semua ahli, termasuk persatuan KPT.

Sebenarnya, antara fakta yang perlu diketahui, KPT sebenarnya sebuah badan kebaikan yang berdaftar dibawah Kedutaan Mesir. Walaupun pendaftarannya lewat, akan tetapi pendaftarannya di Kedutaan telah menjamin haknya untuk menaungi anak Terengganu.

KPT perlu mendapat HAKNYA

Kedutaaan Malaysia Kaherah akan menjaga setiap persatuan anak-anak negeri yang bernaung dibawah mereka. Kedutaan sewajarnya, memberikan kata putus terhadap hak KPT terhadap pengiktirafan yang mereka dapat setelah berdaftar pada akhir tahun 2003/2004.

KPT yang mempunyai perlembagaan sebuah persatuan adalah badan yang tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Ini adalah satu hak kebebasan menyatakan pandangan dan bebas berpesatuan. Sepertimana yang diperuntukan oleh perlembagaan Malaysia.

Encik Mat Ropi sepatutnya mengambil tindakan yang lebih wajar. Permainan politik murahan UMNO yang mahu menggula-gulakan mahasisa supaya menjadi penyokong kepada Gagasan Islam Hadhari amatlah dikesali.Alam kemahasiswaan tidak sama alam persekolan dahulu. Begitulah juga, pemikiran dan tidakan mahasiswa tidak sama dengan pelajar sekolah menengah.Mahasiswa berhak menyuarakan pandangan mereka dalam semua perkara yang tidak bercanggah dengan norma seorang manusia beraklak.

Pertahankan KPT

Sekuat mana ribut yang melanda , para ahli KPT perlu dan wajib bersatu dalam menyuarakan hak mereka .Mempertahankan KPT sebagai satunya wadah anak terengganu bukanlah diaanggap sebagai ta'asub , kerana ta'asub bermakna menolong kaum/kelompok sendiri dalam perkara kemungkaran. Adakah KPT melakukan kemungkaran?..Tentu tidak, hanya kerana politik balas dendam dan hasad dengki maka di perlakukan sebegitu rupa KPT.

Bangkitlah ahli-ahli KPT bersatu , rapatkan kembali saf -saf perjuangan. Sepakat kata dalam sebarang tidakan adalah satu jalan penyelesaian dalam berhadap dengan Pegawai HEP ini.

Kesatuan adalah Kemenangan!!

HIDUP MAHASISWA


Angkatan Muda KeADILan mendesak pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) supaya memecat Jawatankuasa Pengurusan Pilihan Raya Kampus (PRK) kampus tersebut ekoran proses penamaan calon dibuka semula.

"Atas dasar apa mereka berbuat demikian? Jika disebabkan alasan aduan mahasiswa tidak sempat mengambil borang dan melengkapkannya, ia tidak sepatutnya berlaku," ujar Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Selaku bekas mahasiswa kampus tersebut serta mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM sesi 1996/97, Samsul Iskandar menyatakan bahawa apa yang berlaku dalam PRK kali ini tidak pernah terjadi dalam sejarah pilihan raya di kampus UIAM.

Satu tragedi pendidikan

"Saya malu dengan hal ini, kerana ia adalah suatu tragedi pendidikan yang besar untuk dirakamkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily

Tegas beliau, seharusnya kampus tersebut yang sinonim dengan gelaran 'taman ilmu dan budi' menjadi contoh kepada kampus lain, yang sentiasa menyebarkan nilai-nilai moral dan Islam yang tinggi serta mempraktikkan nilai tersebut dalam semua urusan.

Mengulas tentang campur tangan pihak luar, Samsul Iskandar tidak menafikan terdapat dalang tertentu daripada kalangan individu berkepentingan dalam kerajaan dan pentadbiran universiti yang berusaha untuk memenangkan kumpulan Aspirasi di UIAM.

"Jika benar dakwaan sesetengah pihak bahawa Reezal Merican terlibat, saya ingin nasihatkan beliau agar tidak campur tangan dalam PRK. Biarkan mahasiswa sendiri yang menentukan pemimpin dan hala tuju perjuangan mereka," ujarnya lagi.

Kampus jelasnya, adalah medan latihan untuk melatih kepimpinan mahasiswa yang neutral serta tidak dicemari unsur-unsur kotor.

Bukan isu besar sokong pembangkang atau bersama pemerintah

"Semasa di kampus dahulu, saya bertanding atas tiket Aspirasi, tetapi apabila saya meninggalkan alam kampus, saya menyertai KeADILan.

"Ada juga yang dahulunya pro-pembangkang di kampus, tetapi menyertai Umno-BN di luar kampus. Jadi tidak semestinya mereka terikat dengan ideologi yang dipegang semasa belajar," tegasnya.

Beliau menjelaskan campur tangan pihak luar adalah disebabkan mereka mempunyai motif bersifat politik bahawa mahasiswa adalah suatu entiti unik 'political force' yang mempunyai kekuatan politik tersendiri yang seringkali menarik perhatian parti-parti politik luar untuk kepentingan mereka

"Apa yang berlaku kini sudah sampai ke peringkat amalan diktator," katanya tegas.

"Akhirnya, mahasiswa IPT akan dikenali sebagai kumpulan yang diternak, bukan dididik yang akan memberi kesan jangka masa panjang kepada negara akibat tidak mendapat pendidikan yang tidak sempurna," tambahnya.

Tawar khidmat pembelaan

AMK ujarnya menawarkan khidmat nasihat dan pembelaan menerusi Biro Mahasiswa kepada calon yang merasakan diri mereka dianiaya oleh sistem PRK yang diamalkan sekarang kerana mereka yang telah sah dinamakan sebagai calon hanya mempunyai satu hari untuk berkempen, setelah dilarang menjalankan aktiviti kempen sebelum hari pembuangan undi.

Samsul turut berpesan kepada mahasiswa agar tidak gentar dan takut dengan tekanan pihak universiti dan Umno/BN dalam PRK akan datang ini.

Demokrasi kampus lambang demokrasi negara

Wajah demokrasi negara dapat dilihat dengan kadar kebebasan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi dalam menyuarakan pandangan serta tindakan yang masih menepati kehendak dan hasrat masyarakat.

Namun, semua itu telah lama mati akibat kerakusan pihak tertentu yang bertindak merampasnya daripada golongan muda yang kaya dengan semangat juang dalam membentuk peribadi sebagai medan terakhir sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Pandangan demikian dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, Mohamed Sabu ketika dihubungi Harakahdaily berhubung isu penamaan semula pilihan raya kampus (PRK) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 30 September ini selepas ianya berlangsung secara serentak di semua IPT pada 26 September lalu.

Ujarnya, keadaan demokrasi kampus sekarang sudah mati, disebabkan mahasiswa ini sudah tidak boleh menyuarakan idealisme mereka sendiri akibat kongkongan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan ke atas mereka.

Jawatankuasa pilihan raya kampus lebih teruk daripada SPR

"Saya tidak yakin langsung dengan kredibiliti dan ketelusan jawatankuasa PRK yang dilantik. Sama macam SPR di luar kampus yang tidak bersih dan adil," katanya.

Beliau mendakwa Presiden UIA, Tan Sri Sanusi Junid bercakap bohong dan beliau yang dikatakan berkecuali dalam PRK ini adalah omongan kosong sahaja.

"Sepatutnya UIAM selaku sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa menjadi contoh kepada kampus-kampus lain, lebih bebas tetapi ini tidak. Dia jadi lagi teruk dan lebih buruk," tegas beliau lagi.

Mohamed Sabu juga tidak hairan dengan desas-desus kemungkinan penglibatan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sebagai dalang utama kepada apa yang terjadi di UIAM.

GPMS cuba tonjolkan diri di bawah era Abdullah

Ini adalah kerana, persatuan tersebut telah lama pupus dan tidak popular lantaran ditolak oleh mahasiswa pada tahun 1970-an, kini ia diberikan semula fungsinya bagi membantu regim Abdullah Badawi bagi membantu kemenangan Aspirasi-Umno di kampus yang dikatakan dikuasai pro pembangkang.

Beliau juga tidak menolak terdapatnya campur tangan Umno/BN secara terang-terangan.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkata pihak mereka tidak akan berdiam diri dengan pelbagai kejadian yang berlaku dalam PRK kali ini.

Konspirasi kotor

Pengerusinya, Syeikh Omar Ali berkata apa yang berlaku merupakan konspirasi kotor yang telah mencalarkan imej IPT serta Kementerian Pengajian Tinggi sendiri dalam mengendalikan perjalanan PRK yang adil dan telus.

SMM sebelum ini ujarnya telah mengemukakan 10 tuntutan kepada KPT, Suhakam, Kaukus serta Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri.

Namun, KPT tidak memberikan sebarang jawapan terhadap aduan kami itu sebaliknya 'mempersembahkan' pelbagai kejadian yang 'menarik' dalam PRK ini yang berat sebelah, tidak telus serta menonjolkan cubaan pihak tertentu yang berkepentingan.

"Kami sungguh kecewa dan hilang keyakinan terhadap kredibiliti SPR kampus. Tak sangka ini yang kami dapat," ujarnya kepada Harakahdaily. -

Tuesday, September 25, 2007



Kenapa Mahasiswa Baru Di Mesir Perlu Dihalang Memasuki Rumah Anak Negeri?


Setiap tahun Mesir akan menerima kedatangan ramai mahasiswa baru yang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar sama ada di Kaherah atau di cawangan-cawangan Al-Azhar di seluruh Mesir. Saban tahun kedatangan mereka akan disambut oleh PMRAM bersama BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri). Mereka akan ditempatkan di setiap rumah negeri sebelum dihantar ke tempat pengajian yang dipohon oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi.


Namun begitu, berlaku suasana yang tidak sihat apabila sebahagian mahasiswa baru tidak dibenarkan memasuki Asrama Rumah Negeri dengan alasan rumah negeri sudah penuh dan pelbagai alasan yang lain. Suasana ini dapat dilihat di beberapa negeri seperti Selangor dan Terengganu. Kedatangan pegawai hal ehwal pelajar (HEP) sebelum ini dilihat ingin membantu memudahkan urusan–urusan pelajar telah bertukar menjadi tembok besar kepada para mahasiswa untuk mendapat tempat di rumah negeri masing-masing.


Perkara ini jelas terbukti apabila 11 orang pelajar Universiti Darul Iman (UDM) yang tiba pada 16 September baru-baru ini dihalang memasuki Rumah Negeri dengan pelbagai alasan. Tidak cukup dengan itu, tindakan yang sama dilakukan ke atas pelajar-pelajar Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) seramai 49 orang yang terpaksa mencari rumah-rumah sewa yang berdekatan dalam tempoh yang singkat pada masa yang sama harga rumah ketika ini melambung tinggi dan begitu sukar untuk didapati dengan mudah.


Begitu juga suasana yang berlaku kepada pelajar-pelajar Selangor. Kita melihat bahawa semua pelajar yang disisihkan daripada Rumah Negeri adalah pelajar-pelajar persendirian. Jika difikirkan dengan baik, para pelajar yang datang secara persendirian inilah yang patut diutamakan dari sudut menjaga kebajikan mereka. Namun perkara yang sebaliknya berlaku.


Pujian yang tinggi patut diucapkan kepada Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir kerana sudi menyediakan tempat kepada 11 orang pelajar Terengganu yang menerima nasib malang ini. Begitu juga kepada beberapa individu yang tidak loket memberikan rumah sewa mereka sebagai tempat persinggahan pertama bagi pelajar-pelajar baru untuk meneruskan usaha menuntut ilmu di bumi barakah ini.


Bagi PMRAM, kedatangan para pegawai yang ditugaskan untuk menyelia rumah-rumah negeri sepatutnya adalah untuk memudahkan urusan kebajikan para mahasiswa dan bukan untuk menyukarkan. Satu ketika dahulu, walaupun para pegawai tidak ada untuk menyelia rumah negeri, para mahasiswa yang diwakili oleh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dapat menjaga kebajikan para pelajar dengan begitu baik. Sepatutnya suasana harmoni ini perlu kembali diwujudkan tanpa ada unsur-unsur ugutan terhadap pelajar.


Semoga kebajikan dan kebebasan para mahasiswa tidak akan tercalar disebabkan tindakan beberapa orang pegawai rumah negeri. PMRAM akan cuba sedaya mungkin untuk memberikan kebajikan kepada seluruh warga Malaysia di bumi Mesir ini.