Sunday, September 28, 2008

Warkah Buat Sahabatku (Bahagian ke2)...
" Bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan bersikap keras terhadap orang-orang kafir,mereka berjuang pada jalan allah tanpa merasa gentar terhadap celaan orang yang mencela" ( Al- Maidah: 54)
Salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat yang dihormati sekalian,semoga dengan Iman dan Islam dapat melapangkan hati-hati kita bersama.
Berdasarkan ayat diatas,saya terpanggil untuk menulis warkah terbuka yang lalu atas dasar "tazkirah" atau "peringatan" berrsama.Ini kerana kami pihak alumni merasa perlu campurtangan pihak ketiga untuk kembalikan kewibawaan persatuan.
Bagi ustaz husni ginting ,jangan lah risau dan kecil hati,nasihat yang lalu datang dari hati kami yang ikhlas lagi suci yang begitu sayang kan DPMZ yang banyak menjaga kebajikan dan keselamatan kami dahulu dan kami ingin ia juga dapat dinikmati oleh generasi sekarang dan akan datang tanpa ada usaha untuk meminggirkan DPMZ.Kalaulah tuan terasa kami memohon maaf.
Sebenarnya kebelakangan ini saya banyak menerima email dari ahli-ahli DPMZ meminta cadangan dan buah fikiran bagi memantapkan lagi kesinambungan persatuan,dan yang memilukan saya ialah beberapa email yang datang dari rakan-rakan kita yang bukan pengajian agama yang bergitu sayangkan kesatuan ini.
Antara pristiwa yang dirasa tak patut berlaku ialah pertembungan penganjuran program ke maarad kitab dengan menyediakan van sendiri sedangkan pada hari yang sama DPMZ juga mengadakan program yang sama dengan menghasut pelajar-pelajar jika ikut DPMZ tak bebas.Yang kedua,melakukan program sukan sendiri.Adakah penganjuran ini dibawah pengetahuan DPMZ selaku wakil malaysia di AMNI DAULAH zaqaziq?
Saya bukan angkuh ,dan semestinya penyataan saya ini akan dikritik kelak dan demi kebenaran saya berani kehadapan kerana ini tanggungjawab DPMZ untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman ahli.lain lah kalau bukan ahli.
Saya merayu sangat tolonglah jangan melihat warkah yang dulu dan yang sekarang dari kaca mata negatif.Bukalah luas-luas pemikiran kita bersama demi islam dan pesatuan yang dibina atas dasar al-Quran dan Sunnah bukan atas dasar semangat dan taasub.
Buat amir,azim,mohsen,riduan dan lain-lain saya berharap marilah kita sama-sama berganding bahu dalam merealisasikan islam dalam skop yang kecil iaitu DPMZ dengan berkerjasama saya yakin ia pasti berjaya.Janganlah dengan ilmu dan hidayah yang lebih dari orang lain menyebabkan kita jauh dari rahmat allah hingga sanggup bersifat "talam dua muka" dalam kehidupan.
Hayatilah firman allah yang bermaksud " Mengapakamu menyuruh orang mengerjakan kebajikan,sedang kamu melupai diri kamu sendiri,padahal kamu membaca kitab,tidakkah kamu mengerti?? ( Al- Baqarah: 44)
Akhirnya dikesempatan ini marilah kita sama- sama memperbaiki diri dan ukhuwah kita bersama,dan dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Salam Perjuangan,
Ust Zarul Bin Salleh
Mantan Pengerusi dan Penasihat DPMZ

Monday, September 22, 2008

Warkah buat sahabatku...
" Janganlah engkau mengatakan dirimu sendiri sebagai orang suci,sesungguhnya allah lebih mengetahui siapa yang lebih bertaqwa."( An- Najm: 32)
Buat sahabatku Ust Husni Genting semoga tuan berada keadaan sihat walafiat...
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk mengingatkan diri saya dan pihak tuan atas kewujudan kita dimuka bumi Allah ini dan juga ingin membantu supaya persatuan yang dasarnya Al-Quran dan Sunnah tidak dipinggirkan..
Soalan pertama yang patut kita soalkan ialah siapa kah yang menciptakan kita?saya yakin jawapnya adalah Allah bukan selainnya.Begitu juga segala nikmat -nikmat yang lain seperti anggota badan ,akal fikiran, dan ilmu pengetahuan ialah adalah pinjaman pada allah.kalau mengikut lojik akal segalanya yang diberi pinjam pasti akan diambil balik oleh tuan nya,begitu jgk dengan akal dan ilmu.kalau begitu tidak wajar bagi kita yang berilmu ini berasa bangga dalam diri kita dengan menolak segala kelebihan dan kekurangan orang lain.
Wahai saudaraku...
Saya tidak nafikan bahawa tuan telah dikurniakan oleh allah ilmu yang banyak ,akal yang sempurna tetapi apa yang berlaku sekarang dengan ilmu yang allah kurniakan,tuan seolah-olah cuba ingin memutuskan silaturrahim yang telah lama terbentuk dikalangan pelajar malaysia di zaqaziq.
Saya sekalu bekas pengerusi dan penasihat DPMZ cukup hormat dengan tuan pihak kami telah membuka seluas-luasnya ruang di DMPZ melalui UNIT DAKWAH yang diterajui oleh Us Kamal Bin Syukur untuk pihak tuan menjadi salah seorang tenaga pengajar tafaquh.
Tetapi apa yang berlaku sekarang ,suasana berpuak-puak telah wujud diantara ahli DPMZ.Kami bukan penhalang tafaquh,tetapi kami banyak tanggungjawab dan program yang perlu direncanakan bagi thaqafah ahli baik dari segi rehlah,tafaquh ,sukan,keselamatan dan saya yakin pihak tuan cukup memahami hal ini.Dan berita yang terbaru tuan seolah-olah ingin merbina ( masjid Di'rar) didalam persatuan pelajar malaysia di zaqziq.
kalau ini betul-betul berlaku,saya,Us kamal,Us Zulazhar Dan seluruh bekas kepimpinan DPMZ kecewa dengan tindakan tuan yang seolah-olah mengkianati AMANAH yang kami berikan dahulu.Sanggup tuan menghancurkan DPMZ yang telah banyak membantu tuan selepas tuan dipulaukan oleh pihak mahasiswa Indonesia suatu ketika dahulu,dan tuan seakan tidak menilai kewangan yang rakan-rakan kami sanggup berikan untuk tempat tinggal tuan tetapi adakah ini balasannya????
kalau tuan masih kenang jasa-jasa itu dan tuan beramal dengan ilmu islam yang sejati iaitu hidup dengan Ukhuwah ,kerjasama tanpa ada riak ujub dan takbur,marilah semperna bulan ramadan ini saya menyeru pada tuan kita sama dapat hidup bersatu padu ,menjaga keselamatan,kebajikan dibawah satu bumbung iaitu DPMZ walaupon tuan bukan warga malaysia.
Buat mahasiswa malaysia di dalam DPMZ teruskan pertahankan persatuan yang abang-abang lama bina bagi kesempurnaan kita dulu hingga sekarang.anggaplah kita adalah mata rantainya kalau ketika ini ia hancur saya tak akan teragak-agak meletakkan dosa di atas bahu sahabat- sahabat.Bagi pimpinan, jangan gentar dengan ujian ,kalian dilantik dengan pilihanraya bagi membawa DPMZ kearah yang terbaik.Dalam perjuangan pasti ada ujian.
Salam Perjuangan.
Us Zarul Bin Salleh.
Mantan Penasihat DPMZ 2005/2007