Monday, September 22, 2008

Warkah buat sahabatku...
" Janganlah engkau mengatakan dirimu sendiri sebagai orang suci,sesungguhnya allah lebih mengetahui siapa yang lebih bertaqwa."( An- Najm: 32)
Buat sahabatku Ust Husni Genting semoga tuan berada keadaan sihat walafiat...
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk mengingatkan diri saya dan pihak tuan atas kewujudan kita dimuka bumi Allah ini dan juga ingin membantu supaya persatuan yang dasarnya Al-Quran dan Sunnah tidak dipinggirkan..
Soalan pertama yang patut kita soalkan ialah siapa kah yang menciptakan kita?saya yakin jawapnya adalah Allah bukan selainnya.Begitu juga segala nikmat -nikmat yang lain seperti anggota badan ,akal fikiran, dan ilmu pengetahuan ialah adalah pinjaman pada allah.kalau mengikut lojik akal segalanya yang diberi pinjam pasti akan diambil balik oleh tuan nya,begitu jgk dengan akal dan ilmu.kalau begitu tidak wajar bagi kita yang berilmu ini berasa bangga dalam diri kita dengan menolak segala kelebihan dan kekurangan orang lain.
Wahai saudaraku...
Saya tidak nafikan bahawa tuan telah dikurniakan oleh allah ilmu yang banyak ,akal yang sempurna tetapi apa yang berlaku sekarang dengan ilmu yang allah kurniakan,tuan seolah-olah cuba ingin memutuskan silaturrahim yang telah lama terbentuk dikalangan pelajar malaysia di zaqaziq.
Saya sekalu bekas pengerusi dan penasihat DPMZ cukup hormat dengan tuan pihak kami telah membuka seluas-luasnya ruang di DMPZ melalui UNIT DAKWAH yang diterajui oleh Us Kamal Bin Syukur untuk pihak tuan menjadi salah seorang tenaga pengajar tafaquh.
Tetapi apa yang berlaku sekarang ,suasana berpuak-puak telah wujud diantara ahli DPMZ.Kami bukan penhalang tafaquh,tetapi kami banyak tanggungjawab dan program yang perlu direncanakan bagi thaqafah ahli baik dari segi rehlah,tafaquh ,sukan,keselamatan dan saya yakin pihak tuan cukup memahami hal ini.Dan berita yang terbaru tuan seolah-olah ingin merbina ( masjid Di'rar) didalam persatuan pelajar malaysia di zaqziq.
kalau ini betul-betul berlaku,saya,Us kamal,Us Zulazhar Dan seluruh bekas kepimpinan DPMZ kecewa dengan tindakan tuan yang seolah-olah mengkianati AMANAH yang kami berikan dahulu.Sanggup tuan menghancurkan DPMZ yang telah banyak membantu tuan selepas tuan dipulaukan oleh pihak mahasiswa Indonesia suatu ketika dahulu,dan tuan seakan tidak menilai kewangan yang rakan-rakan kami sanggup berikan untuk tempat tinggal tuan tetapi adakah ini balasannya????
kalau tuan masih kenang jasa-jasa itu dan tuan beramal dengan ilmu islam yang sejati iaitu hidup dengan Ukhuwah ,kerjasama tanpa ada riak ujub dan takbur,marilah semperna bulan ramadan ini saya menyeru pada tuan kita sama dapat hidup bersatu padu ,menjaga keselamatan,kebajikan dibawah satu bumbung iaitu DPMZ walaupon tuan bukan warga malaysia.
Buat mahasiswa malaysia di dalam DPMZ teruskan pertahankan persatuan yang abang-abang lama bina bagi kesempurnaan kita dulu hingga sekarang.anggaplah kita adalah mata rantainya kalau ketika ini ia hancur saya tak akan teragak-agak meletakkan dosa di atas bahu sahabat- sahabat.Bagi pimpinan, jangan gentar dengan ujian ,kalian dilantik dengan pilihanraya bagi membawa DPMZ kearah yang terbaik.Dalam perjuangan pasti ada ujian.
Salam Perjuangan.
Us Zarul Bin Salleh.
Mantan Penasihat DPMZ 2005/2007

5 comments:

rattrapt11 said...

salam...saya ni pnuntut zakazig sezaman ngn ustz..ust dl pengerusi kami la citer dia.sy rasa ust kene pham keadaan yg berlaku sebenar.sy baca blog ust seolah menyalahkan us husni ginting 100%atas mslah yg pernah dn akan berlaku...tp adakah benar smua bnda tu adalah mslah yg ditimbulkan beliau..dn tindakan ust menyamakan ust husni ngn ayat "Dan berita yang terbaru tuan seolah-olah ingin merbina ( masjid Di'rar) didalam persatuan pelajar malaysia di zaqziq" adalah ayat yg benar2 sy rasakan adalah keterlaluan...sekiranya mn2 phak yg dituduh seperti demikian msti trguris hatinya.siapa tidak sakit sekiranya disamakan seperti musuh2 islam..seharusnya sblum tuan menulis blog ini adlah ptut tuan mengetahui kisah disebalik dengan apa yg berlaku...selain tu kisah tuan mengungkit kisah lama mmg menyahat hati org membaca seseolah ust husni ingin meraih simpati dr pihak DPMz atau mn2 pelajar malaysia..kisah beliau 'dipulaukan'mmg sadis ayatnya itu.tp kisah smua ni mmg menampakkan us husni benar2 meraih simpati yg amat sangat dr pnuntut malaysia...klu us duk dlm keadaan dia cmner bila us baca blog ni...ingat la hati org xsama sbnarnya.sy selaku pnuntut malaysia kat sn pn jadi marah bila kisah ust tulis tntang us husni..tidak pernah ust trpikir kalu msalah ni tmbul bkn dari dia tp pnuntut malaysia sndiri kat sn...tp xelok la kan kita bkk aib2 ni klu kisahnya xbtul..kan malu org yg kene citer...tp sy kesal la ust husni dlm citer ni mmg kene msuk penjara la..kesian oooo...sapa xkesian..org kasi ilmu kita kata cmni..sanggup ke klu ada slah tok guru kita ckp belakang...nilai ilmu cmner nk hargai...cmner adab2 kita ngn org berilmu...kita penah mengaji bnda ni so kita kene pkir la..sblum buat paper pkir msak2 dl bncang dl...sblum nk tulis ni.klu org baca dan xpaham situasi smau salah sapa..us husni kan..nape xnak cop nadi umno ke atau paper yg xselari ngn PMRAM dn DPM dicop golongn 'masjid dirar ni'cuba pkir tgk..
sbnarnya ni sy, sy tgh angin tp mmpu pkir secara waras.sy kat sn pn xder mslah ngn phak DPMZ..ok je smuanya...standard la klu ada xpuas hati tp kami ok je...lepak2 pimpinan xder kami nk jatuhkan pn..ada ke mn2 phak buat revolusi kat dpmz ni..xder pn...dl kisah lama dh tmbul skrang tmbul lg..sy rs elok tuan kene bncang bersemuka dl sy rs...sedih la..bnda elok tiba2 jd cmni...klu bab xpuas hati tya ye smua org msti ada..tp besa la nama manusia kan...
tp 1 bnda kene ingat...salah silap jgn tunding ke ust husni secara trg2...sila kaji dl...silap2 kwn2 kita sndiri yg tmbulkan..lg 1 klu bab nk ungkit2 kisah lama bab kewangan tu xper..klu xpuas hati leh claim dr saya..sy sggup byr kalu balik duit2 sewa yg ptut ust husni bayar..xder masalah...tp jgn hina@salah anggap psl peribadi org berilmu..us husni mmg miskin..sy akui sndiri..sy sndiri sedih ngn keadaan dia sbnar..tp pkir la...klu nk bersemuka dlm YM leh bgtau sy tuk selesaikan kes ni...sy tgu tuk kita jernihkan keadaan..keadaan jernih tp kita kasi jernih lg..biar smpai mata xnmpak air tu....

pejuangislam said...

salam us zarul....nape tetiba kuarkn stgment camni??? sahabat2 kita kt dpmz dh semakin berpecah...kepinpinan selepas enta dh berusaha utk menyatukan kembali semua ahli di dpmz..xkra pe juga kefahamn diorg...us husni ok je..kami dh cbe sediakn platform utk dia menyampaikn ilmunya kpd ahli dpmz...jd us zarul,kami rase kami y dcni lebih memahami keadaan dpmz skrg ni...kami bukn nk menolak pendapat abg2 lame,kami perlukan nasihat dan pandangan abg2 lame utk memacu dpmz...tp pandangan dan nasihat yang selari dengan keadan dan perubahan masa...selari dengan perubahan pucuk kepoimpinan dpmz...setiap pentadbiran ade cara dan halatuju y dibawanya...kami harap us zarul lebih memahami keadaan di dpmz pa waktu sekrg ni...bukn hnya melihat dpmz dari sudut msa kepimpinan us zarul sahaja...bile us zarul y di mesia mengeluarkan kenyataan sebegini,adalah cabaran baru utk kepimpinan bru pula y harus memikul bebanan utk membina semula kesatuan y berbepcah...bebanan y us zarul timbulkan sendiri...cbe enta fikirkan ya akhi...kebanyakan kepimpinan sesi 08/09 adalah figure2 baru y meminpin dpmz..fikirkan lah semula us zarul....klu boleh selidikilah dlu ape sebenarnya y terjadi di dpmz skrg...saya hnya mengemukakn pendapat sahaj...y terkurang dh terleh=bih saya mohon kemaafan...sempena bulan ramadhan y mulia ni jgn lah kita timbulkan persengketaan...semga ALLAH kurniakn petunujuk dan maghfirah utk kepimpinan sesi 08/09 utk terus thabat memacu dpmz...wasalam....

mantan ajkt06/07-07/08

pemerhati-bebas said...
This comment has been removed by the author.
pemerhati-bebas said...

Assalam, Ust Zarul kali ini kontroversi. Kadang - kadang ada baiknya kontroversi kerana mempunyai satu mekanisma yang kuat menarik perhatian ramai untuk sesuatu perkara. Namun bagaimanapun ia berkemungkinan besar membawa padah dan kerosakan yang lebih teruk.


Mungkin akan ada warkah selepas ini dari saudara (Ust Zarul)yang lebih menjurus kepada keutamaan kesatuan dan kepentingannya yang ditujukan khas buat mahasiswa zaqaziq secara umum tanpa mengaitkan orang persendirian atau mana - mana pihak.


Kesatuan memang tersangat penting. Atas dasar itu, saya memuji Ust Zarul dengan keberanian menyiarkan warkahnya kepada umum. Selain itu, saya amat kagum dengan saudara atas komitmen dan perhatian saudara untuk DPMZ agar terus utuh. Ust Zarul sudah hampir setahun lebih meninggalkan bumi zaqaziq, tapi masih sering dan bersemangat memberi kata - kata semangat dan nasihat. Syabas !


Pendirian saya dalam hal ini adalah berkecuali atas sebab saya tidak cukup maklumat. Maklumat yang diterima perlulah dikaji dan tidak boleh diterima bulat - bulat. Apakah kita lupa untuk mengkaji berita - berita yang sampai kepada kita ?


Kesatuan adalah sebahagian dari tunjang kekuatan dan bukan satu - satunya kekuatan. Selain kesatuan ada banyak perkara lagi yang diperlukan untuk memperteguhkan kekuatan. Keadilan misalnya, kefahaman agama, sumber ekonomi dan banyak hal lagi.


Di zaman Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam, kekuatanya sama sahaja. Kefahaman islam yang pertama. Keyakinan yang kedua. Kekuatan ilmu dan kemahiran yang ketiga. Keadilan yang keempat. Ukhuwwah yang kelima. Kesatuan yang keenam dan Ekonomi.


Situasi di Mesir, seperti saudara tahu kurangnya pembimbing ilmu. Saya fikir saudara juga masih perlu untuk belajar di sini untuk kian tahun lagi. Atas dasar ini, kehadiran Ust Husni Ginting adalah ibarat Mutiara yang harus disyukuri. Semakin banyak peningkatan akademik, perbahasan ilmiah dan sembang - sembang agama bertebaran di Zaqaziq sepanjang kehadirannya. Ini adalah satu yang positif.


Seperti yang saudara katakan, bahawa seseorang itu ada kelebihan dan kekurangan. Tidak dinafikan di sana ada yang negatif. Apa yang saya nampak negatif di sini adalah seperti ahli DPMZ sukar dikawal jadual hariannya. Ini kerana mereka mempunyai jadual tersendiri dengan tafaqquh mereka bersama Ust Husni sama ada di rumahnya atau di tempat lain.

Antara lain yang saya nampak ialah di sana wujud kelompok masing - masing. Kadang - kadang pada satu ketika membuatkan kehadiran ahli di program - program DPMZ menyusut. Tindakan Ust Husni mengetuai mana - mana bantuan musa'adah atau jemputan berbuka puasa dan lain - lain. Perkara ini dianggap memandang rendah pada DPMZ. Sedikit sebanyak reputasi DPMZ jatuh dan peranan menjaga keselamatan seperti diabaikan.


Perkara - perkara negatif yang saya senaraikan ini adalah sebahagian apa yang saya perhatikan dalam tempoh masa terdekat ini. Semuanya bukanlah kes berat yang boleh menggugat kesatuan seperti yang ditakuti Ust Zarul. Cuma satu sahaja yang perlu diberi perhatian kepada ahli DPMZ iaitu keutamaan mengikuti program DPMZ. Inilah apa yang saya rasa isi hati Ust Zarul sebenarnya.


DPMZ perlu ada pengganti dan pendokong. Untuk itu, ahli - ahli baru terutamanya perlu mendapat pengetahuan khas dari DPMZ sendiri. Program - program DPMZ perlu mendapat perhatian lebih utama dari program - program lain. Oleh itu, ahli perlu adil memberi keutamaan. Tafaqquh dan DPMZ perlu seimbang.


Untuk pengetahuan Ust Zarul, Ust Husni banyak membantu ahli DPMZ. Bukan dari segi ilmu bahkan kewangan juga. Walaupun perkara itu seolah - olah mengambil tugas DPMZ, hasilnya banyak membantu DPMZ menguruskan pemberian bantuan bernilai LE 100 setiap seorang. Sumber - sumber musa'adah ahli DPMZ semakin banyak. Kalau dahulu Ust Zarul yang mengetuai dan menguruskan bantuan - bantuan kewangan dari Arab. Sekarang gilirannya Ust Husni. Patah tumbuh, hilang berganti.


Sebagai Mantan Pengurusi DPMZ 2004 - 2005, saudara mempunyai nama dan kaitan dengan DPMZ sekarang. Oleh itu, kontroversi ini bagi saya makin melebarkan jurang antara Ust Husni dan DPMZ sendiri. Saya berharap ada warkah baru menggantikan warkah ini yang lebih terbuka dan bersifat motivasi dan nasihat.


Saya dalam tempoh terdekat ini tidak melihat gerakan deras yang menggugat kesatuan DPMZ. Jika benar ada seperti perumpamaan " Masjid Dirar ", mengapa tidak saudara nyatakan apa gerakan itu ? Tidak ada satu bukti yang saudara nyatakan ? Apa yang selama ini berlaku dan yang saya tahu sama seperti apa yang saya catatkan di atas. Rasanya tidak segempar kontroversi yang saudara tiupkan ini.


Al Maidah ayat kedua ;

Bertolong - tolonglah kamu dalam perkara yang baik dan ketakwaan, Jangan pula bertolong - tolongan dalam perkara dosa dan bermusuhan.

Wallahu a'alam

Yang ingin mendamaikan.

Wassalam,

KhairulAizam B. Abdul Rahman said...

bersatu teguh bercerai roboh...jgn lah mengeruhkan keadaan lg...jgn kita hanya mendengar pandangan drsebelah pihak je klu kita rasa ingin tegakkan keadilan..jgn tuduh melulu jika tidak tahu asal usul sesuatu perkara....

bukan macam ni caranya utk us zarul menegur us husni...us azhari..kami juga azhari...nk tegur biarlah dengan berhikmah...

sy yakin kita azhariyyun tidak di ajar utk menghujum sesorang dengan sesuka hati..

klu marah...ambil wudhu'..insya'allah tenang...tu kan diantara ajaran nabi kepada kita selaku ummatnya...tp us zarul jgn salah sangka mengatakan sy keterlaluan..sy cuma ingin us zarul bertindak dengan lebih adil...

maaf klu ada kata2 sy yg menyakitkan hati us zarul..tp ini hanyalah isi hati sy selaku ahli dpmz...

sy kenal us husni cam ne...dan bukanlah niat sy nk membidas us zarul... maaf sekali lagi..

sepanjang di mesir...sy selalu dibantu dan di berikan kata semangat dari us husni mahupun dari kawan2...us husni byk membantu sy..

apa yg sy harapkan,biarlah kita kembali bersatu...jgn lagi ada perpecahan sesama kita...

dan kepada rakan2 dpmz...jgn hanya bertemu us husni ketika kita susah...bukan begitu caranya....time dekat exam baru nk mintak tolong macam2...jgn jadi mcam perumpamaan kacang lupakan kulit...atau gunting didalam lipatan atau talam dua muka..depan lain belakang lain...


yg ikhlas menegur..bukan utk membidas mana2 pihak...

akhir kalam...
salam lebaran dari sy...KHAIRULAIZAM BIN ABDUL RAHMAN...maaf dipinta...