Sunday, September 28, 2008

Warkah Buat Sahabatku (Bahagian ke2)...
" Bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan bersikap keras terhadap orang-orang kafir,mereka berjuang pada jalan allah tanpa merasa gentar terhadap celaan orang yang mencela" ( Al- Maidah: 54)
Salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat yang dihormati sekalian,semoga dengan Iman dan Islam dapat melapangkan hati-hati kita bersama.
Berdasarkan ayat diatas,saya terpanggil untuk menulis warkah terbuka yang lalu atas dasar "tazkirah" atau "peringatan" berrsama.Ini kerana kami pihak alumni merasa perlu campurtangan pihak ketiga untuk kembalikan kewibawaan persatuan.
Bagi ustaz husni ginting ,jangan lah risau dan kecil hati,nasihat yang lalu datang dari hati kami yang ikhlas lagi suci yang begitu sayang kan DPMZ yang banyak menjaga kebajikan dan keselamatan kami dahulu dan kami ingin ia juga dapat dinikmati oleh generasi sekarang dan akan datang tanpa ada usaha untuk meminggirkan DPMZ.Kalaulah tuan terasa kami memohon maaf.
Sebenarnya kebelakangan ini saya banyak menerima email dari ahli-ahli DPMZ meminta cadangan dan buah fikiran bagi memantapkan lagi kesinambungan persatuan,dan yang memilukan saya ialah beberapa email yang datang dari rakan-rakan kita yang bukan pengajian agama yang bergitu sayangkan kesatuan ini.
Antara pristiwa yang dirasa tak patut berlaku ialah pertembungan penganjuran program ke maarad kitab dengan menyediakan van sendiri sedangkan pada hari yang sama DPMZ juga mengadakan program yang sama dengan menghasut pelajar-pelajar jika ikut DPMZ tak bebas.Yang kedua,melakukan program sukan sendiri.Adakah penganjuran ini dibawah pengetahuan DPMZ selaku wakil malaysia di AMNI DAULAH zaqaziq?
Saya bukan angkuh ,dan semestinya penyataan saya ini akan dikritik kelak dan demi kebenaran saya berani kehadapan kerana ini tanggungjawab DPMZ untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman ahli.lain lah kalau bukan ahli.
Saya merayu sangat tolonglah jangan melihat warkah yang dulu dan yang sekarang dari kaca mata negatif.Bukalah luas-luas pemikiran kita bersama demi islam dan pesatuan yang dibina atas dasar al-Quran dan Sunnah bukan atas dasar semangat dan taasub.
Buat amir,azim,mohsen,riduan dan lain-lain saya berharap marilah kita sama-sama berganding bahu dalam merealisasikan islam dalam skop yang kecil iaitu DPMZ dengan berkerjasama saya yakin ia pasti berjaya.Janganlah dengan ilmu dan hidayah yang lebih dari orang lain menyebabkan kita jauh dari rahmat allah hingga sanggup bersifat "talam dua muka" dalam kehidupan.
Hayatilah firman allah yang bermaksud " Mengapakamu menyuruh orang mengerjakan kebajikan,sedang kamu melupai diri kamu sendiri,padahal kamu membaca kitab,tidakkah kamu mengerti?? ( Al- Baqarah: 44)
Akhirnya dikesempatan ini marilah kita sama- sama memperbaiki diri dan ukhuwah kita bersama,dan dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Salam Perjuangan,
Ust Zarul Bin Salleh
Mantan Pengerusi dan Penasihat DPMZ

1 comment:

theodoregore said...

dalam pemikiran saya, kita dilaungkan azan sebanyak 5 kali sehari, apa fadilat azan itu? Ada yang banyaknya berkata marilah mengerjakan solat, tapi terfikirkah ustaz tentang lima kalimah keramat itu dalam satu pengertian yang pada mulanyan memuji kebesaran illahi, kemudiannya mengucap, kemudiannya solat, kemudiannya menuju kejayaan dan akhirnya tiada tuhan selain Allah. Adakah ianya satu bentuk pemikiran yang hendak disemai oleh nabi muhammad supaya menjadi manusia yang imbang pada lahiriah dan jasmaninya. Kalau fadilat azan ini dapat difahami maka sesuailah dengan khutbah nabi sebelum wafat bahawasanya kita bertengkar padahal yang remeh temeh dan terkadangnya suka menyakiti orang lain tanpa banyak keuntungan hanya membangkitkan persaan benci sesama umat sahaja. sekian.