Tuesday, August 28, 2007



Hukum Solat Dan Puasa Kepada Orang Yang Bekerja Dan Menaiki Kapal Terbang.


Soalan: Apakah hukum menunaikan solat di atas kapal terbang?


Jawapan daripada Mufti Kerajaan Mesir, Prof. Dr. Ali Jum`ah Al-Syafie:


Telah berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama dalam masalah: adakah disyaratkan untuk berada tetap di atas muka bumi di dalam menunaikan solat fardu atau menyamakan hukum menunaikan solat di atas kapal terbang sama seperti menunaikan solat di atas kapal laut?


Sesetengah daripada para ulama mengatakan bahawa hukum menunaikan solat di atas kapal terbang sama seperti solat di atas kapal laut. Berdasarkan pendapat ini maka dibenarkan untuk menunaikan solat di atas kapal terbang bagi mengelakkan waktu solat berlalu begitu sahaja.


Tetapi pendapat yang terkuat digunakan oleh ulama bermazhab syafi’e adalah dengan mengatakan bahawa: tidak terangkat kefardhuan solat bagi sesiapa yang menunaikan solat di atas apal terbang. Jadi menurut pendapat ini, seseorang yang menaiki kapal terbang wajib untuk melaksanakan solat di atas kapal terbang demi untuk menghormati waktu, namun wajib bagi mereka untuk mengulangi semula solat tersebut apabila sudah mendarat. Ini kerana bagi para ulama yang bermazhab Syafi’e, berada tetap di atas muka bumi merupakan syarat sah di dalam menunaikan solat fardu.


Soalan: Apakah hukum solat dan puasa kepada orang yang bekerja dengan syarikat penerbangan?


Jawapan daripada Mufti Kerajaan Mesir, Prof. Dr. Ali Jum`ah Al-Syafie:


Jika seseorang itu tergolong di kalangan yang sering bermusafir melebihi 85 km untuk urusan pekerjaan seperti perniagaan, bekerja dengan syarikat penerbangan dan sebagainya, maka saya dapat ringkaskan hukum yang telah disepakati oleh para ulama kepada beberapa bahagian.


Hukum berkaitan dengan solat:


Dibenarkan bagi mereka untuk melakukan solat jama’ zohor dan asar dan di jama’kan pada waktu zohor. Maka solat ini dinamakan solat jama’ taqdim


atau


dijama’kan pada waktu asar maka dinamakan jama’ taakhir. Begitu juga dibenarkan bagi mereka untuk menjama’kan solat maghrib dan isya.


Dibenarkan juga bagi mereka untuk mengqasarkan (meringkaskan) solat 4 rakaat kepada dua rakaat iaitu solat Zohor, Asar dan Isya’ sahaja. Disyaratkan bagi sesiapa yang ingin melaksanakan jama’ dan qasar, jarak perjalanannya mestilah melebihi 85 km.


Namun, apabila seseorang itu telah sampai ke tempat yang dituju dan dia telahpun bermukim, maka dia sudah tidak lagi boleh untuk mengqasarkan solat. Oleh itu dia mesti melaksanakan solat berdasarkan rakaat yang asal dan individu tersebut perlu untuk melaksanakan solat pada waktunya tanpa boleh melaksanakan solat secara jama’.


Hukum berkaitan dengan puasa:


Jika puasa tersebut tidak memudaratkan orang yang bermussafir tersebut dan juga tidak membebankan dirinya,maka digalakkan baginya berpuasa dan harus baginya untuk berbuka puasa.


Jika puasa tersebut sedikit memudaratkan dan membebankan kepada orang yang berpuasa maka digalakkan baginya berbuka puasa dan diharuskan berpuasa.


Jika puasa tersebut menyebabkan mudarat dan membebankan (sehingga boleh menyebabkan hilangnya nyawa) maka di wajibkan baginya berbuka puasa dan diharamkan berpuasa.


Apa yang saya maksudkan pada puasa di sini adalah puasa wajib di buklan Ramadhan.Jika seseorang itu meninggalkan puasa pada bulan tersebut maka wajib baginya menqadakan kembali puasa tersebut mengikut bilangan hari yang dia tinggalkan. Wallahu a’lam.


Adaptasi daripada fatwa Prof. Dr. Ali Jum`ah dalam kitab beliau, Fatawa `Asriyyah 1/ 33-34

Universiti bagaikan kilang lahirkan robot - Ustaz Idris


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Hrkh) - AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tidak ada apa yang baru dalam proses pelan strategi dan tindakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila diberi lebih kuasa autonomi dalam beberapa perkara tertentu menerusi proses transformasi dan pembaharuan pengajian tinggi negara.


Katanya, ini kerana PAS beranggapan IPTA bukan berfungsi sebagai universiti yang melahirkan generasi berwawasan dan berwibawa sebaliknya hanya setakat kilang yang menjadikan manusia bersifat robot.


Beliau berkata, kualiti dan kecemerlangan universiti bukan sahaja bergantung pada pencapaian akademik tetapi disertai dengan ketrampilan dan kemahiran berfikir.


Menurut beliau, sepatutnya universiti perlu menjadi medan untuk mempercambahkan idea supaya dapat mengembalikan kegemilangan tamadun Islam dan kehebatan sesebuah universiti itu.


Beliau yang juga bekas pensyarah UiTM Shah Alam dan Melaka berkata, realiti hari ini universiti sudah menjadi seperti tempat budak-budak tadika yang terpaksa disuap mengikut arahan.


Ini kerana katanya, wujud beberapa akta seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang menyekat kebebasan pelajar dan juga ahli akademik untuk menyuarakan pandangan.
"Akta ini mematikan budaya kritis dan universiti tidak dapat melahirkan generasi seperti pada zaman kehebatannya seperti kehadiran Prof Diraja Ungku Aziz," katanya.


Beliau berkata, apa yang disebut sebagai proses tranformasi untuk mengangkat kecemerlangan akademik negara tidak akan berlaku seandainya beberapa perkara yang menghalang para pelajar dan ahli akademik.


"Universiti sekarang sudah tidak ada debat ekonomi, debat isu semasa yang ahli panel daripada parti politik dan akademik," katanya.


Beliau memaklumkan di UKM sebuah forum Palestin terpaksa dibatalkan.


Katanya, UM pula sudah terkeluar daripada senarai 200 universiti terbaik dunia kerana tidak ada keberanian bersuara di kalangan pelajar, kakitangan dan ahli akademik.


Beliau berkata dengan mengenakan sekatan terhadap universiti, kerajaan Umno/BN dapat mengekalkan kuasa kerana berjaya membendung pelajar IPTA yang merupakan rakyat cerdik dan mempunyai pandangan kritis.

Friday, August 17, 2007


MAHASISWA AL-AZHAR MAKIN TERUS DITEKAN!!

Tajuk ini bukan satu rekaan,ia adalah realiti yang berlaku di bumi perlembahan nil ini yang lebih di kenali dengan bumi Al-Azhar.Setelah banyak sejarah-sejarah yang cuba dinafikan bagi menghilangkan pengaruh PMRAM di bumi mesir ini,seperti mana yang kita ketahui bahawa ia telah wujud sejak 1930 lagi.Ia di tubuhkan semata-mata untuk menjaga kebajikan mahasiswa-mahasiswa yang belajar di sini tanpa sempadan negeri,politik dan sebagainya.

Tapi dalam era baru yang global ini,cabaran makin bertambah.Seperti mana yang kita tahu bahawa dasar perjuangan PMRAM selain kebajikan ia juga mendidik ahli-ahlinya supaya bersifat amanah pada ilmu yang diperajari dengan mempertahan kan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W iaitu Alquran dan Sunnah.

Dari sini mungkin kita sudah nampak bahawa agenda musuh yang tidak mahu melihat PMRAM maju dan bangkit ia juga ingin melemahkan salah satu dari tembok islam.Ada beberapa pendekatan yang digunakan oleh pihak bertanggungjawab iaitu jabatan penuntut malaysia kaherah (JPMK) yang kita nampak memang niatnya untuk menjatuhkan PMRAM.

Pertama ialah membanyakkan persatuan-persatuan yang sepatutnya tidak di benarkan wujud di mesir ini,seperti Nadi UMNO,ABIM,JIM,MUTADA ISLAM HADARI dan lain-lain lagi kerana kalau kita lihat ia akan menyebabkan pepercahan yang cukup membosankan dan tak akan selesai kerana mereka masing-masing ada agenda yang tersembunyi.Wajar ke satu sekolah ada persatuan-persatuan ni???kalau wajar saya cadangkan kita bina keadaan ini di sekolah menengah.

Kedua ialah menwujudkan pengawai rumah-rumah negeri yang kalau difikirkan selapis memang kita nampak kebaikan nya,tapi setelah pegawai-pegawai ini wujud nampaknya makin mengusutkan lagi keadaan,dengan menyekat zakat pelajar,menghalau pelajar-pelajar dari asrama dan lain-lain lagi.Kalau kita lihat pakatan ini mengunakan cara yang sama untuk mengongkong mahasiswa iaitu dengan guna kongsep "Pecah dan Perintah".Keluar kan belajar dari asrama atas alasan ingin membaiki bangunan asrama kemudian bila nak masuk dihalang dengan suruh isi borang aku janji dan sebagainya.

Ketiga ialah memaksa pelajar-pelajar menjadi AJK pelaksana program yang dirancang tanpa berbincang persetujuan nya,jika tidak pelajar di minta buat surat tujuk sebab.Apalah nak jadi manusia ni?

Ini bukan saya tulis untuk pertahankan PMRAM tapi kesian dengan kawan-kawan yang banyak lagi tanggungjawab lain belajar dan sebagainya.bagi ibu bapa,ini lah realiti tekanan anak tuan-tuan di sini.Inilah kalau kerja dengan ada agenda politik yang sempit.Allah maha mengetahui apa yang mereka buat.Ingat lah kita merancang allah juga merancang sesungguhnya perancangan allah lah yang terbaik.

Wednesday, August 15, 2007


KITA MERANCANG ALLAH JUGA MERANCANG DENGAN RARI!!!




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru orang Melayu tidak lagi memberi sokongan kepada kepimpinan negara hari ini yang disifatkan telah banyak melakukan kerosakan dan yang membiarkan amalan rasuah berleluasa mutakhir ini.

Beliau berkata demikian dalam syarahannya dalam program anjuran Majlis Prihatin Malaysia (PRIMA) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

"Orang Melayu dia undi Umno tanpa sebab, kalau letak tongkol kayu pun sebagai calon Umno, mereka akan pangkah dan Umno akan menang. Berbeza dengan orang Cina orang Cina ada perkiraan untuk menyokong mana-mana parti," katanya sinis.

"Orang Cina dia buat penilaian, tak semesti ahli MCA akan undi MCA dan tidak semestinya ahli DAP akan undi DAP, begitu juga Gerakan. Itu sebab kita tengok macam di Pulau Pinang, ada kalanya MCA memang, ada kalanya DAP menang dan ada kalanya Gerakan menang kerana orang Cina akan menilai undi untuk agenda mereka," katanya.

"Bila menang besar, pemimpin akan kata ini semua kerana mereka dan mereka akan bermegah dengan kemenangan itu," tegasnya.

"Ini orang akan kata saya buat tuduhan, tetapi saya alami dan saya tahu ia berlaku. Kalau Ketua Bahagiannya nak kata tidak ada, apa boleh buat sebab jika bawa kepada Jawatankuasa Disiplin pun kata tiada, tetapi saya yang lalui saya tahu ia berlaku," tegasnya sinis.

Katanya lagi, hari ini rakyat bimbang untuk keluar rumah memandangkan jenayah pembunuhan yang menjadi-jadi, setelah pembunuh yang sah membunuh bebas setelah mahkamah membebaskan dengan pendakwaan dikatakan gagal menampilkan bukti.

Ini membuatkan keadaan tidak lagi selamat, katanya.


Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir itu Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, yang hadir sama dalam majlis berkenaan, berkata, kenyataan Dr Mahathir itu adalah signal kepada rakyat supaya tidak lagi memberi undi yang banyak kepada Umno/BN.

Ujar Mahfuz, mandat yang besar yang diberi kepada Umno/BN hanya akan membuatkan kerajaan yang ditadbir parti itu meneruskan kesalahan demi kesalahan tanpa sebarang proses 'check and balance' yang berkesan.

Kenyataan Dr Mahathir itu sekali gus mengajak rakyat menolak kepimpinan negara yang ada hari ini yang diselubungi rasuah dan salah guna kuasa.

Justeru, beliau menyeru rakyat terutamanya orang Melayu terpanggil dengan seruan Dr Mahathir supaya menolak kepimpinan negara yang cukup bermasalah hari ini.

Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang turut hadir sama pula menyifatkan bahawa kenyataan Dr Mahathir jelas membuka ruang kepada rakyat supaya menilai semula kepimpinan negara yang ada hari ini.

Katanya dengan segala kelemahan dan kebobrokan pentadbiran yang dikuasai anak menantu Perdana Menteri, beliau mahu rakyat bersatu menolak kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga menghulur tangan kepada Dr Mahathir atas nama Pemuda PAS untuk memberi kerjasama dalam mempertahankan hak agama, bangsa dan negara yang kini telah dirosakkan oleh kepimpinan negara yang ada hari ini.

Friday, August 10, 2007



TOLONGLAH KAMI DAPATKAN BANGUNAN PMRAM!!!


Untuk makluman semua, pihak PMRAM dengan kerjasama kumpulan nasyid popular dari tanah air, INTEAM akan mengadakan Konsert Raudhatul Infaq PMRAM 07 bersempena dengan Kutipan Dana Apartmen PMRAM pada 28 Ogos 2007.

PMRAM menjalankan operasinya dengan menyewa sebuah apartmen milik rakyat tempatan. Cadangan pemilikan dua buah tingkat apartmen bagi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir adalah satu cadangan yang sangat tepat. Semoga usaha ini akan mencapai kejayaan.

Justeru, tujuan utama konsert amal dana apartmen ini diadakan adalah untuk memenuhi hasrat yang murni ini. Melalui Konsert Raudhatul Infaq untuk Dana Apartmen ini, diharapkan dapat menyemai semangat menderma di kalangan masyarakat mahasiswa di Perlembahan Nil dan umat Islam seluruhnya bertepatan dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia kali – 50.

Untuk makluman awal tarikh KONSERT RAUDHATUL INFAQ PMRAM 07 adalah pada 28 Ogos 2007.

Segala maklumat lanjut berkaitan dengan KONSERT RAUDHATUL INFAQ PMRAM 07 akan dimaklumkan secepat mungkin.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :

Ustaz Syed Aisam Bin Syed Idris
Pengarah Konsert Raudhatul Infaq 07
016 - 1065737

Ustaz Ridzuan Bin Yahya
Timbalan Pengarah Konsert Raudhatul Infaq 07
010 - 3020869

Ustaz Abdul Latib Bin Ahmad
Bendahari Konsert Raudhatul Infaq 07
010 - 6131389

Nantikan kemunculan Kumpulan INTEAM, Kumpulan Al Wadi dan Kumpulan Zulfan pada KONSERT RAUDHATUL INFAQ PMRAM 07. Ayuh semua mari kita realisasikan program amal ini agar berjaya. Jangan lupa sampaikan berita gembira kepada semua sahabat di Perlembahan Nil.


Pertemuan Bersejarah, PMRAM Dan GAMIS


7 Ogos 2007.

PMRAM sekali lagi menerima tuah apabila dapat mengadakan satu pertemuan bersejarah dengan wakil kepimpinan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) yang datang ke Mesir baru-baru ini. Pertemuan yang sangat bersejarah ini telah dihadiri oleh Presiden GAMIS, saudara Dzulkhairi Mohd Nor dan Setiausaha GAMIS, saudara Muhd Syaari Ab. Rahman.

Dalam pertemuan tertutup ini, Badan Pengurus PMRAM dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM yang hadir telah dapat berkongsi pengalaman dan idea dalam memperkasakan pergerakan mahasiswa Islam untuk lebih gagah mendepani isu ummah.

Pertemuan silaturrahmi ini telah berjaya mencapai satu kesepakatan bersama untuk kedua-dua gerakan mahasiswa ini saling berhubungan dengan lebih kerap agar wujud satu perkongsian maklumat, idea dan tindakan bersama untuk memacu gerakan mahasiswa dengan lebih bertenaga.

PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Dzulkhairi Mohd Nor dan saudara Muhd Syaari Ab. Rahman yang sudi menyumbangkan idea dan pengalaman berharga kepada para pimpinan PMRAM demi memantapkan lagi perjalanan PMRAM dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa Islam di Mesir khususnya dan memperjuangkan nasib ummah secara amnya.

Terima kasih GAMIS.



KRISIS KEPIMPINAN WANITA..


Fenomena yang melanda tanahair kita Malaysia pada zaman ini ialah ketandusan tokoh kepimpinan di kalangan wanita.Sewajarnya wanita masa kini lebih menyedari tentang peripentingnya peranan wanita dalam menangani segala permasalahan wanita khasnya dan masyarakat awam umunya di Malaysia.

Sejarah Telah membuktikan peranan wanita yang tidak kurang pentingnya di dalam masyarakat dan negara.Siti Kahdijah R.A merupakan tulang belakang Rasulullah S.A.W yang terhambpir dan paling banyak sekali memberi sokongan harta dan moral kepada banginda.Khaulah al-Azwar merupakan salah seorang perajurit wanita di dalam siri peperangan utama kaum muslimin,walaupon begiti beliau masih memelihara adab dan maruah dirinya sebagai wanita muslimah.sementara iti siti Zubaidah pula pemaisuri kepada Khalifah harun Al Rasyid yang bijak membantu banginda menjalankan tugas-tugas pemerintahan dengan memberikan idea-idea yang baik.

Ironisnya wanita hari ini iebih cenderung untuk menceburi duni kerjaya lasak seperti penerbangan kejuruteraan dan seumpanya yang menyebabkan kedudukan mereka di kelilingi oleh ramai lelaki.Kesesuaian kerjaya yang disertai wanita mampu memberi peluang kepada mereka secara meluas untuk terlibat secara aktif di dalam hal-hal kemasyarakatan.Contohnya isu murtad yang berlaku secara berleluasa di kalangan wanita,kadar penceraian yang tinggi,keruntuhan moral,serangan pemikiran melalui pelbagai taktik termasuk kemasukan budaya songsang menerusi budaya Black Metal dan lain-lain.

Oleh yang demikian,isu kepimpinan wanita haruslah diberi perhatian yang sewajarnya.Mutakhir ini malysia khasnya ketandusan pemimpin-pemimpin muslimah yang berwibawa dan mampu memberikan buah fikiran yang bernas dalam penyelesaian masalah.Kita ketandusan pemimpin-pemimpin wanita yang berkredibiliti dan berketrampilan dari sudut keilmuan dan akhlak.Usaha untuk memertabatkan wanita muslimah mestilah diperjuangkan oleh golongan wanita muslimah yang benar-benar faham tentang aqidah dan syariah islamiah dan mengamalkannya.

Tidak dinafikan bahawa kita juga sering mendengar dakwaan yang mengatakan golongan wanita muslimah terutama yang berpendidikan agama sebagai jumud,pasif,terkeberlakang,tidak kerupayaan memimpin dan seumpamanya.Dakwaan ini harus di pandang secara kritis.

Majoriri di kalangan mereka hanya menjadi pendengar dan pengikut semata-mata dan masih dibungkus rasa tidak yakin untuk mencuba dan menampilkan diri.Kebanyakan mereka memberikan alasan kekurangan pengalaman dan memiliki ilmu yang belum mantap.Lantaran itu kita melihat barisan-barisan kepimpinan wanita dipelopori dan dianggotai oleh wanita musliumah yang berpendidikan barat serta mempunyai kefahaman yang rapuh pegangan syariatnya.

Akhirnya tuntutan untuk mengisi kerusi-kerusi kepimpinan mestilah disambut oleh golongan wanita muslimah yang berkualiti pada aqidah dan syariah serta akhlaknya agar wanita-wanita tidak terus terpedaya dengan pelbagai slogan tajaan manusia yang mengelirukan dan akhirnya menjerumuskan mereka ke jurang yang memusnahkan dirinya dan kewanitaannya sekaligus jauh daripada rahmat dan keredhaan Allah.



KONVENSYEN DPM KALI YG KE 3


Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) telah ditubuhkan sedari 1992 merupakan sebagai satu bukti iltizam dan komitmen PMRAM utk memberikan khidmat dan bakti kepada seluruh anak-anak melayu
yang tinggal di Muhafazah selain Kaherah.Penghantaran generasi pelajar pertama ke Iskandariah sekitar 18 orang siswi ke Kuliah Dirasat Al-Islamiyyah Wal-Lughah Al-Arabiyyah,Universiti Al-Azhat Azy-Syarif Lil-banat cawangan Iskandariah.Sejak tarikh itu,semakin ramai anak-anak melayu yang berminat untuk menuntut ilmu di muhafazah selain kaherah seperti Zagazig,Tonto,Mansurah,Syibin Al-Com,Damanhur,Syubro dan Dumyat.

Pada 1995,konvensyen DPM kali pertama yang dirancang oleh PMRAM tidak dapat dilaksanakan ekoran berlakunya beberapa masalah.Oleh kerana itu,pada 8 Ogos 1998,ahli-ahli DPM di setiap cawangan bangun dan menunjukkan komitmen bersama PMRAM dengan hadir ke konvensyen DPM kali kedua.Kira-kira 2000 orang ahli-ahli PMRAM yang dinggal di muhafazah menghadirkan diri ke Dewan Panorama Ummi Kalthom,Mansurah.Hal ini membuktikan kekuatan kesatuan ahli-ahli PMRAM ketika itu.Bumi Mansurah ini pernah menjadi saksi kobaran semangat dan pengorbanan ahli-ahli terdahulu.Pada tanggal 4 & 5 ini,setelah 15 tahun penubuhan DPM,PMRAM mengorak langkah untuk melaksanakan konvensyen DPM kali ketiga,dengan konsep New Appoach,New Style dan New image.

Bertemakan Mendepani ummah,kami kira sebagai satu gagasan mega yang harus dipikul oleh sekalian ahli DPM.Penelitian 4 isu DPM iaitu keampuhan kesatuan,kemantapan tarbiah,kecermelangan akademik dan kestabilan kewangan yang diketengahkan akan mendapat respon yang terbaik dari sekalian yang hadir.

Friday, August 3, 2007

Tambahan Fakta


Lampiran 2


Nama Program : Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa
Tempat : Dewan Ummi Kalthom, Mansurah
Tarikh : 4 Julai 1995
Hari : Selasa
Anjuran : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Oleh Ust Zahid Bin Yusof

Konvensyen DPM adalah salah satu agenda untuk memartabat dan menyedarkan para mahasiswa tentang sikap, peranan serta tanggungjawab yang perlu di laksanakan oleh setiap mahasiswa di Mesir. Cetusan ini lahir apabila di lihat wujudnya keadaan teragak-agak di setengah kalangan mahasiswa yang seolah-olah akan membudayakan perkara terebut di kalangan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di mesir pada waktu itu.

Kelompok mahasiswa yang berada di Luar daripada Kaherah merupakan satu komuniti baru yang di wujudkan bermula 1992, lantaran itu sikap sebagai budak sekolah yang masih mengharap kepada panduan dan tunjuk ajar dan tidak mempunyai sifat yakin diri dan berani bertindak, maka untuk itu satu agenda mesti di susun untuk memartabatkan serta menyedarkan akan peranan dan sikap yang mesti di mainkan oleh mahasiswa ini agar ianya benar-benar mampu menjadi agen pengubah bermula di Mesir lagi.

Untuk itu berapa agenda telah di gariskan, antara yang di laksanakan untuk menjayakan gagasan ini, ialah Perubahan DPP (Dewan Perwakilan Pelajar) kepada DPM (Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi) nama DPP di gunakan pada peringkat awalnya oleh DPPS (Dewan Perwakilan Pelajar Shoubra) dan pada tahun 1991 DPPI (Dewan Perwakilan Mahasiswa Iskandariah) dan begitu juga dengan tempat-tempat lain DPPT, DPPD, DPPS (Shibin El Kom) maka sebelum di laksanakan Konvensyen DPM1 DPP ini telah di ubah menjadi DPM di seluruh tempat.

Selepas daripada mengubah nama tersebut, maka agenda mesti di letakkan serta di gariskan agar penjenamaan semula mahasiswa di Mesir ini mampu di gerakan semaksima yang mungkin. Agenda terbesar yang di rancang ialah KONVENSYEN DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA KALI 1, Sebagai catatan idea ini terbentuk hasil gabungan idea 3 orang mahasiswa

1) Ustaz Ainol Helmi (Mansurah) (Setiasausaha KDPM1)
2) Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi (Tanta) (Ketua Unit Promosi KDPM1)
3) Ustaz Muhamad Zahid Yusof (Shibin El Kom) (Tim.Pengarah 1 KDPM1)

Dengan mengemukakan satu kertas cadangan yang agak berlainan dengan memasukkan beberapa unit yang baru antaranya Unit Promosi yang bertanggung jawab mengadakan jaulah keseluruh DPM di Mesir yang mengambil masa lebih dari sebulan, Hasil daripada itu pendaftaran untuk menyertai KDPM1 ialah 100% tidak tertinggal walaupun seorang telah mendaftar sebagai peserta KDPM1.

KDPM1 pada peringkat awalnya telah mendapat kebenaran daripada Pihak Keselamatan Mesir yang di berikan secara lisan kepada pihak PMRAM melalui Timbalan Pengarah 1 KDPM, dan Setiausaha KDPM dalam pertemuan jam 1 pagi di Ibu Pejabat Polis Mansurah. Walaubagaimanapun dengan campur tangan pihak kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, pihak keselamatan Mesir telah menarik balik kebenaran tersebut pada petang 3/7/1995 sehari sebelum KDPM di laksanakan.

Pihak badan pengurus PMRAM telah sampai ke Mansurah juga pada petang tersebut dan mengadakan perbincangan tergempar mengenai tindakan pembatalan tersebut. Antara perkara yang di bincangkan ialah adakah perkara pembatalan ini perlu di maklumkan seluruh warga DPM, dan keputusan di ambil bahawa pembatalan ini hanya akan di maklumkan kepada rombongan-rombongan yang akan membanjiri Mansurah pada 4 Julai itu di dalam bas-bas masing-masing.

Pada pagi tersebut mansurah di banjiri oleh gerombolan bas-bas dari seluruh Muhafazah, dan pada pagi itu juga Dewan Ummi Kalthom telah di kepung oleh Pasukan FRU Mesir dan Pembatalan tersebut telah di maklumkan kepada seluruh rombongan-rombongan.

SEJAK 15 TAHUN:Rakaman dan lipatan sejarah


Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa 1
( DPM – PMRAM ) : Dalam Nostalgia 1995 .

( Lampiran 1 )


Disediakan oleh:Ust Nasarudin bin Hassan

Assalamualaikum ! Kedengaran suara memberi salam dari luar rumah dan sepertinya suara itu sangat dikenali , namun yang menghairankan kenapa dia datang dalam waktu yang sebegini ?

Pertengahan Tahun 1995 ( Mei )

Saya tidak ingat dengan tepat detik masa pada waktu itu , tetapi yang pasti ianya agak lewat malam sedang suara yang memberi salam adalah milik seorang sahabat karib yang tempat tinggalnya jauh di Syabiinalkom , mencecah jarak 5 jam perjalanan kereta ke rumah saya di Mandarah Alexandria .

Sebaik sahaja saya membuka pintu , tidak syak lagi apabila Akhi Zahid Yusuf yang juga merupakan sahabat karib saya segera menerpa bagai ada satu perkara besar ingin dihamburkan . Termengah – mengah beliau mungkin kerana mengambil perjalanan yang jauh untuk sampai ke rumah saya .

Saya yang mula menetap di Mandarah Alexandria pada awal 1995 selepas diamanahkan sebagai mandub PMRAM pada waktu itu faham benar akan kepenatan melalui perjalanan yang jauh di bumi Mesir.

Agenda Besar .

Setelah berehat seketika , Akhi Zahid melahirkan suatu yang nyata terbuku dalam dirinya dan kerananyalah beliau meredah masa dan jarak di malam buta .

Din ! kita mesti buat sesuatu untuk mengangkat dan memartabatkan mahasiswa kita di Mesir ini , khasnya yang tinggal di Muhafazah .

( Syebinalkom , Tanta , Damanhur , Iskandariah , Mansurah , Zaqaziq , Dumyat ) .

Malam Itulah bermula segala cambahan pemikiran yang berlangsung hingga ke awal pagi dan tercetus idea ingin menganjurkan Konvensyen DPM 1.

Mengumpul Jentera .

Langkah pertama kami ambil ialah menghubungi seorang lagi sahabat karib yang pasti tidak sempurna segala perancangan kami tanpa penyertaan beliau. Seorang sahabat dinamis dan segar ideanya malah pada pandangan saya beliau merupakan seorang yang agak genius dikalangan kami .

Beliau yang saya maksudkan ialah Akhi Ainul Helmi dari Mansurah . Apabila kami bertiga bergabung , lalu strategi mula digerakkan dengan membentuk team yang lebih mantap .

Kami bergerak ke Damanhur kerana sebahagian besar tenaga yang perlukan untuk menjayakan agenda besar ini berada di sana . Nama – nama seperti Ustaz Mansur Sulaiman ( kini sedang menyiapkan Phdnya di UKM ) , Ustaz Ahmad Adnan Fadhil ( kini Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis ) , Ustaz Ramizu Abdullah ( kini Pensyarah di KIAS Kelantan ) , Ustaz Nik Syaikhan ( kini Mengajar di Perak ) , Ustaz Rosli Othman ( al Marhum – al fatihah ) .

Team ini kemudiannya dilengkapkan lagi dengan pembentukkan jawatankuasa dan potfolio yang lebih luas dan membentuk organisasi yang besar bagi menggerakkan konvensyen melibatkan 7 Muhafazah yang jaraknya sangat jauh antara satu sama lain .

Ustazah Mariam bt Othman ( kini Ketua Dewan Muslimat PAS Perlis ) dan anak buahnya dari Iskandariah serta Ustazah Nasirah bt Yusuf dan anak buahnya dari Mansurah tidak kurang penting memainkan peranan besar dalam pembentukkan team ini.

Road show menjelajah Muhafazah .

Ustaz Ainol Helmi menjadi nadi dalam menyediakan segala dokumen dan frame work kearah menjayakan Konvensyen ini. Beliau selaku setiausaha telah bertindak cemerlang biarpun mengalami pelbagai kesulitan dan berperanan besar sebagai "back up striker" kepada Ustaz Zahid Yusuf selaku Timbalan Pengarah 1 .

( Kalau tidak silap saya Jawatan Pengarah pada waktu itu diamanahkan kepada EXCO PMRAM = Pengerusi Lajnah Muhafazah )

Saya yang diamanahkan sebagai Pengarah Unit Promosi Konvensyen merangka jadual roadshow dan seluruh ajk Induk Konvensyen menyertai roadshow ke seluruh Muhafazah yang mengambil masa lebih kurang sebulan untuk mempromosikan Konvensyen .

Promosi lebih ditumpukan kepada memberi penjelasan mengenai matlamat dan objektif Konvensyen kepada seluruh mahasiswa/I dan kenapa mereka mesti menyertainya.

Serentak itu unit pendaftaran menjadi unit yang paling sibuk dengan menyenarai seluruh nama mahasiswa dari 7 Muhafazah . Check list dibuat dari masa kesemasa dan pendaftaran terus dibuka dengan talian 24 jam .

Lebih 2 minggu sebelum Konvensyen berlangsung , Ajk Induk Konvensyen telah berkampung di Mansurah dan tentunya rumah Ustaz Ainol menjadi ibu pejabat operasi 24 jam .

Alhamdulillah , kami telah menerima pendaftaran yang mengatasi target apabila 100% mahasiswa DPM dari 7 Muhafazah mendaftarkan diri.

Kerja kuat penuh dedikasi dari seluruh jentera induk Konvensyen dan juga seluruh Exco DPM dari seluruh Muhafazah meletakkan Konvesyen DPM 1 mencapai kejayaan gemilang.

Akhawat Mansurah dan Iskandariah

Tidak kurang juga sibuknya untuk persiapan logistic , persegaran dan segala aksesori Konvensyen seperti cenderamata , name tag , gerai , persiapan asas untuk bahan pameran dll berjaya ditangani dengan baik oleh mereka.

Meeting Ajk induk Konvensyen diadakan hampir setiap hari menjelang 2 minggu terakhir Konvensyen bagi memantau dan memastikan setiap unit selesai melaksanakan tugas.

Berita Gempar .

Sehari sebelum berlangsungnya Konvensyen DPM 1 di Mansurah , kami bagai disambar halilintar sejurus mendengar berita pembatalan Konvensyen tersebut setelah kami mengerahkan segala tenaga , masa dan memerah kering idea untuk menjayakan detik bersejarah ini .

Badan Pengurus PMRAM yang membawa berita malang ini turut sugul dan buntu lalu malam itu kami mengadakan meeting tergempar bagaimana mahu menangani situasi ini.

Setelah 2 bulan kami gerakkan jentera meredah musim peperiksaan Duur Mayu pula menelan kos beranggarkan RM 20.000 demi menjayakan Konvensyen bersejarah tentu sahaja sukar untuk menerima pembatalan ini.

Namun apa boleh buat , apabila ia adalah arahan dari pihak keselamatan Mesir dengan alasan keselamatan awam ekoran berlaku satu percubaan bunuh Presiden Husni Mubarak di Adis Ababa beberapa bulan sebelum itu.

Peringkat awal Konvensyen ini mendapat kebenaran dari pihak keselamatan Mesir kerana ia hanyalah melibatkan komuniti student Malaysia di bumi Mesir, namun malang terdapat campur tangan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah pada waktu itu yang menyebabkan pihak keselamatan Mesir menarik balik kebenaran yang telah diberikan.

Pun begitu , demi tidak melunturkan semangat Mahasiswa pada waktu itu , kami mengambil langkah dengan hanya memaklumkan berita pembatalan itu apabila semua Mahasiswa telah berhimpun di Mansurah pada pagi 4 Julai 1995 .

Nostalgia Konvensyen DPM 1 terus utuh dan mekar dalam ingatan kami dan pastinya ia sangat memories untuk dilupakan setelah kami berjaya membentuk team bekerja yang telah meninggalkan 1001 kenangan pahit dan manis.

Biarpun kami pernah melalui hari – hari sukar dalam membina team ini , alhamdulillah setelah mengalami proses jatuh bangun yang tentunya mematangkan kami semua , maka kini hubungan kami terus mekar dan bersama melibatkan diri dengan gerakan Islam di tanahair bagi meneruskan cita – cita besar yang belum terlaksana .

Tahniah juga kepada semua yang terlibat ( mungkin namanya tidak disebut disini ) terutama Anggota Badan Pengurus PMRAM dan para Penasihatnya.